Bersyukur isteri kini berhijab, Pekin Ibrahim pesan tak perlu umum di media sosial

Bersyukur isteri kini berhijab, Pekin Ibrahim pesan tak perlu umum di media sosial

Sejak mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang cahaya mata, pelakon wanita, Mona Allen dilihat lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga.

Kongsi wajah bayi merdeka

Namun begitu, Mona dan suaminya yang juga pengarah terkenal, Pekin Ibrahim tidak lokek berkongsi momen kebersamaan di media sosial sebagai satu cara berkomunikasi dengan peminat.

Baru-baru ini, mereka telah berkongsi wajah anak lelaki mereka yang lahir pada hari kemerdekaan tempoh hari.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mona Allen🌙 (@mona.allen)

Apa yang menarik perhatian ramai sudah tentu penampilan Mona Allen yang dilhat tampil berhijab Aidilfitri lalu. Sudah tentu imej barunya mendapat pujian ramai walaupun tidak mengesahkan sama ada sudah bertudung ataupun sekadar menggayakan fesyen muslimah.

Akui terkejut lihat isteri bertudung

Namun begitu, menerusi perkongsian suaminya di Harian Metro, Pekin ketika ditemui memaklumkan yang dia juga akui terkejut dengan perubahan isteri tercinta.

“Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung. Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami.

“Saya memang tak pernah gesa dia (Mona) untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan rela hati. Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung,” katanya.

Sangat bersyukur dan pesan tak perlu heboh2

Walau bagaimanapun, dia sangat bersyukur melihat isterinya kini menjaga aurat dan sempat menitipkan pesan supaya tidak perlu membuat perkongsian di media sosial memberitahu sudah berhijab ataupun belum. Namun, dia tetap berharap Mona akan terus bertudung sampai bila-bila.

“Saya kata dengan Mona, kalau rela hati pakai tudung itu baguslah. Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial. Sebabnya, mana tahu kalau berlaku sebaliknya nanti (terbuka tudung), mesti dikecam netizen.

“Jadi, buat biasa saja sudahlah tanpa sebarang kenyataan dikeluarkan. Cuma, harapan saya agar dia teruskan penampilan bertudung itu sampai bila-bila,” katanya.

Pekin yang ditemui di sebuah hotel di ibu negara telah menerima Anugerah Dekan bagi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama beberapa lagi artis Tanah Air.

Dia dan Mona Allen telah melangsung perkahwinan pada 7 Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Petra Pekin kini berusia dua bulan setelah hampir empat tahun menanti.

Sumber: Harian Metro Norhayati Nordin)

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*