Bermodalkan Rm6 Ini Cara Bersihkan Kesan Kotor Pada Kyusen Kereta
Tiap kali anak masuk kereta pasti kusyen kereta kotor, Tumpah air minum la, aiskrim la, malah air liur anak pun ada. Pening abah-abah nak fikir solusinya. Punyalah banyak dah nampak macam peta. Jika dah begini keadaannya rasanya wajar dicuci. Kita boleh hantar di kedai dan sediakan kos pembersihanyang mungkin cecah lebih RM100.
Tapi kalau tak nak bazirkan duit kita boleh bersihkan sendiri, modal pun tak sampai RM6. Yang kena tambah cuma tenaga, itu pun tak banyak. Caranya dikongsi oleh Farizah Mohamed.
Jika hantar kedai mahal
Nak share benda best untuk cuci kusyen kereta. Takdelah berpeta atau berdebu lagi. Boleh juga bersihkan karpet, sofa & tilam
Nak hantar cuci kat kedai mahal kan! Jom buat sendiri. Murah je beli kat MR. DIY RM6+ saja. Memang puas hati. Saya ajar macam mana nak cuci bagi bersih ya
Ada 2 jenis foam cleaner ni. Yg saya beli ni RM6.75. Satu lagi utk tough stain RM15.25 mungkin lagi best. Boleh try. Saya beli yg RM6+ ni sebab siap dengan berus sekali.
langkah demi langkah bersihkan kusyen
- Vacum dulu kusyen kereta. Ini supaya habuk/debu tak kacau proses pembersihan.
- Kemudian goncang tin foam cleaner. Selepas itu sembur dengan jarak lebih kurang 10cm dari kusyen. Banyak pun tak apa. Semburan akan keluarkan buih-buih putih.
- Lepas tu guna berus yang disertakan pada penutup untuk gosok kotoran dan supaya meresap dalam kusyen tu.
- Tunggu dalam 2-3 minit, biar meresap kemudian boleh berus lagi. Lagi best ambil kain basah dan tonyoh pada kotoran.
- Kalau tak puas hati spray lagi. Kesan kotoran yg dah lama mungkin kena buat 2-3 kali dan kena gosok. Lepas dah ok boleh la jemur jap kereta kat matahari bagi kering.
- Tadaa…bersih dah! Jimat pun jimat!
Baca dulu ye jenis fabric apa yg sesuai. Selamat mencuba
Jika sukakan artikal ini jangan lupa Share, like dan komen di Fb Musang Live.
Leave a Reply