Tidak semua insan terlahir di dunia ini dengan keadaan yang sempurna. Pastinya, dalam hidup ini setiap orang akan diuji sama ada dari fizikal ataupun perjalanan hidup mereka.
Walaupun diuji dengan pelbagai masalah dan rintangan, sebagai seorang manusia kita disarankan untuk terus berusaha untuk membaiki hidup supaya menjadi lebih baik.
Sebuah video yang memaparkan seorang bayi kecil yang dilihat mengalami cacat fizikalnya, telah mencetuskan rasa hiba dalam kalangan pengguna laman Facebook. Lebih menarik perhatian, kecekalan bayi ini ‘belajar’ menerima takdir yang telah ditetapkan sekaligus telah mencetuskan rasa kagum dan sekaligus berikan inspirasi buat semua.
Dalam video ini memaparkan seorang bayi lelaki, sedang memakai kaki palsu dikakinya tanpa bantuan sesiapapun. Lebih mengagumkan apabila bayi ini dilihat sangat cekap memakai kaki palsu walaupun usianya boleh dikatakan sangat muda.
Ramai juga bersetuju dan mengatakan bayi ini ialah seorang manusia boleh memberikan inspirasi kepada orang ramai dengan hanya melihat dari perlakuannya.
Diruangan komen, ramai dilihat menghimpunkan doa kepada si kecil ini agar menjadi insan yang berjaya dan kuat apabila dia sudah meningkat dewasa.
Janganlah jadikan kekurangan diri itu sebagai satu bebanan hidup. Lebih baik jadikan kekurangan itu sebagai satu pemangkin semangat untuk menjadi lebih berjaya daripada orang lain.
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply