Jumpa Bayi Dibuang Dihurung Lalat, Pelajar Universiti Trauma Sampai Menangis
Di luar sana masih ramai suami isteri yang berusaha bertahun-tahun demi mendapatkan seorang zuriat dari rahim sendiri. Namun sehingga ke hari ini masih ada individu yang kurang bertanggungjawab malah tergamak membuang cahaya mata yang baru dilahirkan di tepi jalan begitu sahaja tanpa rasa bersalah.
Waktu kami sampai, baby ni dihurung lalat dan kami ingat dia dah takde
Terbaru semalam seorang pelajar yang sedang bekerja part-time di sebuah kedai kelam-kabut menelefon 3 rakan lain setelah terjumpa seorang bayi dibuang di kaki lima. Ketika kejadian, mereka menyangka bayi tersebut telah pun ‘pergi’ kerana dihurung lalat namun rupa-rupanya masih hidup.
Badan baby ni dah biru dan tali pusatnya masih ada…Badan pun ada bekas air ketuban
Lantas pelajar tersebut terus menelefon pihak berkuasa dengan secepat mungkin memandangkan badan si kecil itu sudah mulai kebiruan. Bukan itu sahaja, bayi berkenaan juga masih ada bekas dari air ketuban seperti masih baru dibuang ketika waktu subuh. Akhirnya pihak petugas perubatan datang untuk membawa si kecil tersebut untuk menerima rawatan selanjutnya.
@nisa_rinaa Selalu dengar dari berita kes buang bayi, harini experience sendiri kes bayi yang dibuang. Sumpah sepanjang dengan baby ni sebak, nangis, sedih, marah, kecewa semua ada. Tolonglah bertanggungjawab for your actions even if it’s a mistake #foryoupage #fypppppp #fyp #fypp ♬ original sound – Nisa Rina IV
Diorang bagi nama baby ni Hawa
Selepas semuanya selesai, jelas kelihatan masing-masing seperti trauma dan tidak dapat menahan sebak kerana masih teringat akan nasib si kecil berkenaan. Dalam satu rakaman penjelasan lain, pelajar tersebut mendedahkan kini bayi itu telah pun diberi nama Hawa oleh kakitangan perubatan dan difahamkan sudah ada individu yang ingin mengambilnya sebagai anak angkat.
Kredit: TikTok Nisa_Rinaa
Leave a Reply