Netizn puji usaha Nabil Ahmad bawa isteri dalami ilmu agama

Sebelum ini, berita mengenai pengacara dan pelawak Ahmad mengikuti jemaah tabligh mendapat reaksi positif netizen apabila video luahan hatinya tentang pengalaman sepanjang mengikuti jemaah itu tular di laman sosial.

Baru-baru ini penampilan terbaharu isterinya iaitu Zira Ayub pula meraih perhatian daripada warganet apabila dia dilihat mengenakan hijab dalam gambar-gambar yang dikongsi di laman sosial Instagram.

Menerusi akaun Instagram kendalian dia dan suami, Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub memuat naik beberapa gambar dan video terkini dengan menggayakan tudung secara sopan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilzira (@nabilzira)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet serta rakan selebriti menyokong usaha wanita berusia 32 tahun itu dan memuji kecantikan serta penampilannya sewaktu berhijab.

Cantiknya Zira bertudung 

Semoga terus istiqamah!

Suami isteri dekatkan diri dengan ilmu agama Islam

Sementara itu, seorang bekas pelakon Azuan Mazlan turut meluahkan rasa hormat kepada pasangan tersebut kerana mereka dikatakan semakin mendekatkan diri dengan ilmu agama Islam.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Azuan memuji sikap Nabil sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri mendalami ilmu agama.

Difahamkan lagi, gambar yang dikongsi oleh Azuan diambil ketika pasangan tersebut menyertai jemaah masturat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saad bin Abi Waqas (@azuanmazlan7)

“MasyaAllah Allahuakbar Tabarakallah. Tahniah Nabil. Sejuk mata memandang. Bukan senang ya untuk bawa keluarga amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.
“Seronok sangat bila Allah SWT pilih mereka ini, untuk buat kerja Agama Allah SWT. Semoga pengorbanan mereka dalam usaha dakwah ini, hidayah tersebar seluruh Alam. Allahumma Ameenn,” tulisnya.

Rata-rata peminat Nabil gembira dengan perkhabaran tersebut dan mendoakan agar kedua pasangan itu terus istiqamah untuk melakukan kebaikan kerana Allah SWT.

Pasangan tersebut berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan bernama Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani. Alhamdulillah semoga terus istiqamah di jalan Allah SWT!

Sumber: Instagram Nabil Zira , Instagram Azuan Mazlan

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*