Bila gaji kecil RM1500 buat bajet seperti ini, Hidup biarlah merancang.
Ramai orang menganggap perancangan kewangan sebagai sesuatu yang membebankan serta menghalang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang menyeronokkan. Kalau sentiasa hidup berjimat, sudah tentu anda perlu mengorbankan aktiviti-aktiviti keseronokan sekarang, bukankah begitu? yang pasti insyallah jika kita merancang pasti kita tak mengalami krisis kewangan yang teruk.
Sekecil manapun gaji kita, hidup biarlah merancang dengan baik. Itu kata-kata hikmah yang dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad seorang penulis dan speaker terkenal di laman media sosial.
BILA GAJI KECIL
1. Bajet ini untuk gaji kita yang kecil, kita masih ada pilihan untuk merancang hidup.
2. Bajet ini untuk keluarga kecil yang hanya ada satu anak paling maksimum dan tinggal diluar bandar.
3. Bajet setiap keluarga adalah berbeza bergantung keperluan keluarga kita, ia tak akan sama dengan mana mana keluarga lain.
4. Sebaiknya jangan ada hutang kerana jika ada hutang akan menekan bajet kita. Bahaya jika anda belum mampu menabung dan mula ada hutang.
5. Bagi gaji bawah RM3000 ushakan jangan beli kereta baru dulu jika ada impian beli rumah. Dapat kereta terpakai pun jadilah, jika tidak kita makin susah nak beli rumah.
6. Susah macam manapun tetaplah ada simpanan setiap bulan. Kita tak tahu bila kita akan susah lagi. Jangan merungut sebab bila kita susah orang belum tentu akan bantu kita.
7. Jika belum mampu mengirim yang ke orang tua, bincang baik baik dengan mereka. jangan diamkan sahaja. Tetapi jika kita percayakan keberkatan dan doa ibubapa. Ia tak akan putuskan rezeki kita. Jangan juga tak beri sumbangan buat ibubapa tetapi kereta luar negara.
Sumbangan sihat buat ibubapa adalah lebih dari 5% gaji kita. (Kadar zakat adalah 2.5%, jangan bagi sumbangan kurang dari itu nanti ibubapa kita hanya dapat setaraf penerima zakat sahaja)
8. Jangan juga taksub dengan matematik dalam perancangan kewangan. Percayalah dengan KEBERKATAN . Semakin kita banyak memberi buat keluarga kita dengan baik dan ikhlas, akan ada rezeki luar biasa menanti kita nantinya.
Tiada bajet yang sempurna buat sebuah keluarga, yang ada adalah keberkatan bagi setiap rezeki yang kita dapat dan kongsikan dengan keluarga.
Salam hujung minggu semua, Kita jaga keluarga kita bukannya ahli politik yang sedang gilakan kuasa.
Kongsikan agar sekecil manapun gaji kita, hidup biarlah merancang dengan baik. jika kita kekal merungut, kita akan susah hidupnyanya nanti.
Belajar cipta pendapatan tambahan jangan bergantung pada gaji kecil sahaja.
Sumber : Fb Azizul Azli Ahmad
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply