Anak mahu ibu tiri, Shuib mula buka hati – “Wanita tu biarlah ada sifat keibuan”

Anak mahu ibu tiri, Shuib mula buka hati – “Wanita tu biarlah ada sifat keibuan”

Pelawak dan usahawan popular, Shuib menyatakan hasrat anak-anaknya yang mahukan wanita untuk menyayangi mereka seperti seorang ibu.

Memetik laporan Astro Gempak, usahwan berusia 38 tahun itu mengakui empat orang anaknya memerlukan seseorang peneman selepas kehilangan ibu mereka, Siti Sarah Raisuddin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Mereka ada masa rindu dan menangis mengenangkan ibu mereka.

“Ada kala mereka ada cakap best bila ada ibu baharu dan sebagainya. Saya tahu mereka memang faham apa yang berlaku tapi secara zahirnya saya dapat rasa mereka memerlukan seseorang.

“Mereka selalu beritahu alangkah seronoknya jika ada ‘aunty’ yang boleh menemani mereka untuk berjalan-jalan…

“…dan sebagainya sebab itu ibu mentua saya juga sering bersama mereka,” kata pemilik nama Shahmira Muhammad itu baru-baru ini. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Berikutan itu, Shuib berkongsi perasaan seolah-olah sudah mula membuka hati bagi mencari individu istimewa sekali gus dapat menjadi ibu kepada anak-anaknya.

“Sejak menjadi’ ibu’ dan bapa mereka ini saya belajar dan memahami banyak benda… kalau dulu rasanya bila orang tanya bila hendak berumah tangga kembali tu saya sendiri tak tahu.

“Tapi kini bila masa dah berjalan… saya nampak mungkin dah ada ke arah itu. Cuma saya belum bersedia untuk berkongsi kepada semua buat masa ini.

“Perasaan tu tak boleh dipaksa suka dan sayang itu datang secara natural bila masa Allah bukakan hati itu kita tak dapat hendak mengawalnya,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Bagaimanapun, dia kurang melihat kepada ciri-ciri wanita idaman sebaliknya meletakkan kebahagiaan anak-anak yang menjadi perkara utama.

“Apa yang paling penting untuk anak-anak sebab misi seorang bapa ini hendak membesarkan anak-anak sebab nak bagi kasih sayang serta nak seimbangkan semua perkara.

“Jadi wanita itu biarlah yang ada sifat keibuan yang sangat tinggi untuk menyayangi anak-anak saya. Ciri-ciri untuk saya tak berapa penting kerana bila dah ada anak keutamaan pada mereka yang sedang membesar.

“Jadi kalau bakal isteri itu dah ada ciri-ciri itu pun sudah cukup. Kalau untuk saya mungkin kelebihan jika seseorang itu boleh faham saya dan kami serasi.

“Lagipun pilihan itu nanti yang akan sehidup semati dengan saya. Insya-Allah harap-harap adalah nanti,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 9 Ogos 2021 akibat wabak Covid-19 selepas melahirkan cahaya mata keempat secara pembedahan.

Allahyarham meninggalkan Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun.

Sumber: Astro Gempak (Syafiqah Jalal) , Instagram Shuib

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*