Perlawanan minggu ke-7 malam ini yang menjadi perlawanan tumpuan adalah diantara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang pasukan Kedah FA di Stadium Darul Aman, Kedah. Kedah selaku pasukan paling kurang dibolosi berhadapan dengan pasukan paling banyak menjaringkan gol pada awal saingan ini pasti akan mendapat tontonan tinggi peminat sukan tanah air.
Antara yang menjadi topik dan isu adakah pemain sayap jdtAkhyar Rashid Kembali Ke Kedah.
Akhyar Rashid Kembali Ke Kedah
Umum sudah mengetahui bahawa pemain harimau muda ini mempunyai hubungan tidak baik dengan penyokong Kedah yang merupakan bekas pasukannya musim lepas selepas pemain ini tidak mendapat kebenaran untuk berhijrah ke pasukan JDT tetapi tetap membuat keputusan tersebut.
Jadi sekiranya pemain lincah ini diturunkan pada malam ini apakah reaksi penyokong tuan rumah. Ada yang berpendapat bahawa pemain ini mungkin akan dipro vokoleh sebahagian besar penyokong pasukan Kedah.
Adakah Akhyar akan diturunkan pada malam ini dihadapan bekas penyokongnya sendiri atau mungkin dia akan disimpan begitu sahaja didalam barisan simpanan skuad Harimau SElatan tersebut.
Sama-sama kita tunggukan malam ini pada jam 8.45 malam. Kalau dia diturunkan korang rasa apa yang penyokong kedah akan buat? Atau pasukan kedah sudah mula redha dengan apa yang telah terjadi?
Leave a Reply