Adam Shahz nafi tuduhan Fatin Afeefa, ada bukti bayar nafkah – “Orang maki saya”

Aktor Adam Shahz tampil menjelaskan berhubung tuduhan bekas isterinya, Fatin Afeefa yang mendakwa dia gagal membayar nafkah selepas mereka berpisah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz)

Menurut laporan mStar Online, aktor berusia 41 tahun itu menegaskan bahawa dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab malah mempunyai bukti transaksi pembayaran.

“Saya ada semua transaksi pembayaran nafkah sebagai bukti. Kalau ada yang hilang pun boleh pergi bank minta print semula. Tak wujud isu kononnya saya gagal membayar nafkah,” katanya.

Adam berkata, tindakan bekas isteri yang juga seorang aktres itu seolah-olah sekadar ingin meraih perhatian sehingga menyebabkan dirinya dikecam orang ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)

Benda ini tidak sepatutnya berlaku. Dia seolah-olah menjadikan saya bahan marketing dengan cerita kisah ini di media sosial sehingga ada orang yang maki saya.

“Apa yang cuba dia sembunyikan sehingga saya dijadikan sebagai ‘benteng’ untuk orang maki? Jangan seronok sangat bercakap kerana takut nanti ada perkara yang tidak sepatutnya terlepas,” ujarnya.

Enggan orang ramai menganggap dirinya menjadi punca, aktor filem Juvana itu menggesa Fatin menyelesaikan isu tersebut dengan tindakan undang-undang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Shahz (@adamshahz)

“Kalau ada cerita begini biasanya lelakilah yang akan nampak salah. Daripada cerita di media sosial lebih baik dia mengadu ke mahkamah jika saya tidak bayar nafkah. Gunakan jalan yang betul.

“Apa yang dia buat beri kesan kepada saya dan keluarga. Orang sekeliling mula bercakap tentang kisah lama kami.

“Sekarang orang sudah tahu bahawa saya bukan suami pertama. Dia sendiri yang buka kisah tersebut,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)

Sementara itu, Adam turut memaklumkan bahawa dia sukar untuk bertemu anaknya sekali gus nekad bagi mendapatkan haknya sebagai seorang bapa.

“Hak penjagaan anak tidak diputuskan oleh mahkamah dan kami setuju untuk melakukannya bersama. Sejak bercerai anak kami tinggal bersama keluarga Fatin dan saya akan datang ambil apabila ingin berjumpa.

“Namun sejak dua minggu lalu saya sudah tidak bertemu anak. Katanya belajar di sekolah tahfiz dari pagi sehingga malam. Macam-macam alasan diberikan.

“Saya dah tak boleh berdiam. Selama ini asyik nak sorokkan kisah sebenar dan menjaga aib. Sebagai langkah awal…

“…saya akan buat tuntutan di mahkamah tentang hak penjagaan anak. Selebihnya saya belum boleh kongsi,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun selepas itu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Ivy Herra Sophia yang kini berusia tujuh tahun.

Sumber: mStar Online (Farol Hadi) , Instagram Adam Shahz & Fatin Afeefa

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*