Nampaknya juara Liga Super musim 2019 Johor Darul Ta’zim telah kembali menjalani latihan selepas semua pasukan berehat selama tiga. Dalam sesi latihan yang diadakan pemain Aagon Niguez turut berada dalam pasukan itu.
Abang kepada pemain Atletico Madrid, Saul Niguez ini kembali bersama skuad Johor Darul Ta’zim selepas pemain itu dikeluarkan pada awal musim ini.
Sebelum ini pengurus Johor DT Figueroa menjelaskan bahawa pemain itu dikeluarkan kerana perubahan taktikal walaupun pemain itu baharu sahaja menyertai kelab selatan tersebut.
Bekas pemain tengah Kedah, Liridon Krasniqi serta Naxto Insa juga turut berada dalam pasukan Johor Darul Ta’zim ketika satu video dimuat naik oleh laman rasmi kelab tersebut.
Bagaimanapun tiada sebarang keputusan rasmi sama ada pemain-pemain ini akan beraksi bersama skuad utama Johor Darul Ta’zim di Liga Super ataupun mereka akan bersama skuad JDT II pada musim hadapan.
Leave a Reply