Pembeli Kesal Nasi Lemak Dicaj Lebih 50 Sen Suruh Tambah Telur, Sambal & Bilis
Nasi Lemak biasa 1…Tambah sikit lagi kacang & ikan bilis…..Telur lagi 1…Sambal tambah
Dengan harga barang mentah yang kian meningkat, ramai penjual terpaksa menaikkan harga produk makanan mereka hatta yang berniaga secara kecil-kecilan sekalipun. Dilema utama jika dinaikkan, risau pembeli akan merungut. Jika harga tidak diubah, khuatir pula tiada keuntungan dalam berniaga.
Bagi Puan Nisya Kanwal, baru-baru ini dia berdepan sikap seorang pelanggan yang cukup menguji kesabarannya. Awalnya menyapa dengan baik, lelaki berkenaan mahu membeli nasi lemak yang berharga RM2 tetapi minta lebihkan portion sambal hingga 4 senduk, kacang, telur dan ikan bilis.
RM2.50? Tadi kata RM2.00? Lah sikit je saya tambah…Mana boleh gitu, RM2, RM2 la
Tidak berkira langsung, bayangkan Puan Nisya cuma mengenakan harga lebih 50 sen sahaja untuk semua itu. Bukan kata terima kasih, sebaliknya pembeli itu melulu salahkan Puan Nisya kerana tiba-tiba mengubah harga asal. Lebih mengejutkan, dia mahu membatalkan pembelian dan pergi ke gerai lain gara-gara perlu membayar RM2.50. Tidak mahu kehilangan pelanggan, wanita itu terus merelakan jualan pada harga RM2.
Hmmmm berapa jela peniaga nasi lemak tu dapat untung
Menerusi ruangan komen, ramai yang ikut kesal dengan sikap negatif dipaparkan pelanggan terbabit. Selaku seorang peniaga kecil di zaman serba mahal, netizen amat memahami situasi dialami Puan Nisya.
Ketenangan Puan Nisya yang bijak mengawal emosi turut dipuji oleh netizen. Lantas ramai mendoakan semoga rezekinya diperluaskan selepas ini.
Komen Netizen:
Maya Mai Ajumollah
Walau content sekali pn…percayalah mmg wujud pelanggan macam ni…saya meniaga saya tahulah kerenah pelanggan macam mana…mmg berbulu jer hati melayan diaorg tp sbb sesuap nasi..sabar..sabar
.sabarrrrrr
Doull Ahmad FX
Klu sy akan kata takpe hari ini sy sedekah,bayar harga mcm biasa,tapi lepas ni awk minta sy cas double..biar la hilang sorg customer dari sbb kn dia sorg kita hilang mood 1 hari…klu dia nak berkata pasal kita pon,bkn semua org berfikiran spt dia,biasa dah mesti ada org suka dgn kita dan tidak suka dgn kita..tapi rezeki Allah yg tentukan..hidup kita ni, lepas 2 tahun kita akn jumpa org yg berbeza,begitulah kehidupan sentiasa ada cabaran dan perubahan…
Kredit : Facebook Nisya Kanwal
Leave a Reply