Aneka 8 Resepi Rendang Yang Sangat Sedap

Aneka 8 Resepi Rendang Yang Sangat Sedap

Rendang merupakan masakan daging yang disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, yang mana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.

Kebanyakan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya lembut dan sedap.

Rendang amat terkenal dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya.

Kali ini min Musang Live nak kongsikan 15 koleksi resepi padu rendang yang sedap, ringkas dan mudah di masak.

1. Rendang Ayam Hijau.

Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
  • 250 ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus-Yatie tambah
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • sedikit air jika perlu

Bahan Kisar:

  • 4 batang serai-hiris halus
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 30 biji cili padi hijau
  • 4 tangkai cili hijau-Yatie tambah
  • 10 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar-Yatie tambah
  • 5 ulas bawang putih

Cara Memasaknya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing.
  2. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata.Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa.
  3. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
  4. Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

2. Rendang Tok.

Bahan-bahan :

  • 1kg daging
  • 10 ulas bawang merah | dikisar halus
  • 5 ulas bawang putih | dikisar halus
  • 3sm lengkuas | dikisar halus
  • 3sm halia | dikisar halus
  • 5 batang serai | dikisar halus
  • 5 sudu cili giling | dikisar halus
  • Kunyit sedikit | dikisar halus
  • 2 helai daun kunyit | dihiris halus
  • 1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
  • 1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
  • 1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
  • 1kg santan pekat
  • 50gm gula Melaka
  • 3 sudu makan kerisik
  • 15ml air asam jawa
  • Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:

  • 2 batang kayu manis
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 5 batang bunga cengkih
  • 6 biji buah pelaga

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.

3. Rendang Ayam Opah

BAHAN – BAHAN

  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu kerisik
  • 2 helai daun kunyit diracik halus
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula secukup rasa

BAHAN – BAHAN DIKISAR

  • 21 batang cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ketul kunyit hidup
  • 1 sudu ketumbar
  • 2 biji buah keras
  • 4 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas

CARA – CARA MEMBUATNYA

  1. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan ayam, gaul rata.
  3. Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
  4. Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gua.
  5. Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang.

4. Rendang Berempah

Bahan-bahannya:

  • 1 ½ kg ketul ayam (saiz ketulan ayam yang dibelah 16)
  • 2 cawan santan sawit KHALIS (Boleh juga guna pati santan kelapa biasa)
  • 200 gm kerisik
  • 1 keping asam keping (asam gelugor)
  • Beberapa helai daun limau purut
  • 4 – 5 biji cili padi merah, dipatahkan (opsyen)
  • 3 sudu besar gula merah
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan No. 2

  • 3 sudu besar serbuk rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk cili halus
  • Air suam secukupnya (Bahan-bahan no. 2 disatukan dan dibancuh dengan air suam, dijadikan pes)

Bahan-bahan No.3

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm kunyit hidup
  • 5 cm halia
  • Air suam secukupnya (Bahan-bahan No. 3 disatukan dan diblend halus)

Bahan-bahan ditumis:

  • 1 senduk nasi minyak untuk menumis
  • 2 batang serai – diketuk
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang

Penyediaannya:

1. Panaskan minyak di dalam kuali besar. Tumis serai, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan No. 2 yang telah dijadikan pes. Kacau rata dan biarkan ia masak seketika (selama 5 minit) sehingga naik bau.

3. Masukkan pula bahan-bahan No. 3 yang telah dikisar halus dan dikacau rata. Masak sehingga terbit minyak.

4. Setelah terbit minyak bolehlah dimasukkan ayam. Kaup balikkan ayam dengan adunan rempah tadi sehingga bersalut. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah dimasukkan 1 cawan air. Perlahan api, dan biarkan ayam mereneh selama lebih kurang 10 minit.

5. Kemudian masukkan santan, kerisik, gula merah, garam secukup rasa, asam keping, daun limau purut dan cili padi merah. Kacau rata dan masak sehingga ayam empuk dan kuah agak pekat. Gunakan api yang sederhana dan kaedah mereneh.

6. Sekiranya suka rendang berkuah, janganlah masak sehingga kering. Sebaiknya setelah ayam telah empuk, bolehlah diangkat.

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih.

5. Rendang Cili Api.

Bahan bahan:

  • 1 ekor ayam
  • 1 – 1 1/2 kotak santan kotak
  • 2 – 4 batang serai – ketuk
  • 2 sudu besar cili kering kisar – opsyenal untuk cantikkan warna supaya kemerahan
  • 1 keping asam keping
  • 4 keping daun limau purut – opsyenal. Saya letak sebab guna serai 2 sahaja
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit serbuk kunyit – jika perlu
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 7-10 tangkai cili padi kampung – boleh tambah
  • 4 hirisan nipis lengkuas

Cara cara:

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan cili kisar hingga air agak kering sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
  2. Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam keping, gula dan garam. Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masuk daun limau purut, boleh masukkan ketika ini.
  3. Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati.

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih.

6. Rendang Daging.

Bahan masak rendang daging sedap:

  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 2 sudu besar pes rendang
  • 10 tangkai cili kering (rebus dan dikisar asing)
  • 2 sudu jintan manis (kisar kering)
  • 2 sudu ketumbar (kisar kering)
  • 2 sudu jintan putih (kisar kering)
  • 125ml santan pekat
  • 4 sudu makan kerisik (dikisar halus)
  • Garam, gula & air asam jawa secukup rasa
  • Daun limau (hiris utk hiasan)
  • Saiz hidangan : 2-3 orang

Cara Buat Rendang Daging Sedap:

  1. Rebus daging dahulu selama sejam atau lebih.
  2. Pastikan daging empuk. Tips lembutkan daging ada orang letak daun betik/biji kurma masa rebus daging tu.
  3. Air rebusan daging jangan buang.
  4. Blend bahan kisar (bawang besar, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, halia, serai) dengan air.
  5. Jangan banyak sangat air, cukup2 paras bahan masuk dalam blender tu je.
  6. Rebus cili kering kemudian blend dengan air .
  7. Kuantiti air pun tak perlu banyak sangat. Cukup sekadar boleh pusingkan blender masa nak kisar tu. Hehe.
  8. Kisar halus bahan jintan manis, jintan putih, ketumbar.
  9. Sangan hampas kelapa/kelapa kasar (ada jual dalam paket) sekejap atas kuali tanpa minyak.
  10. sangan sampai da warna coklat sikit .
  11. Jangan lama sangat nanti hangus.
  12. Kemudian kisar halus kerisik ni.
  13. Step seterusnya: Masukkan minyak ke dalam kuali, tumis bahan kisar step no 2 (bawang2 halia etc), no 3 (cili kisar) & masukkan sekali pes rendang. Biarkan sampai naik bau & tumisan sedikit kering.
  14. Masukkan pula bahan kisar step no 4. Gaul rata.
  15. Masukkan kerisik yang disangan masa step no 5 tadi. Kerisik yang ni Dya tak sangan lama sangat. Hehe. Cukup sekadar sampai warna kecoklatan sikit & bau kelapa naik. Gaul tumisan ni sampai kering sikit.
  16. Bila tumisan dah kering sikit, masukkan air asam jawa. Asam jawa ni tak payah banyak sangat. Letak secubit pun cukup. Buat rasa masam sikit-sikit je kat masakan rendang. Kalau terlebih nanti rendang rasa masam sangat. Biarkan sampai kuah tumisan kering sedikit.
  17. Masukkan daging yang da siap rebus awal-awal tadi.
  18. Air rebusan daging jangan buang sebab korang boleh guna untk masukkan dalam masakan rendang jugak. Tujuan untuk menambah lagi rasa pada masakan.
  19. Masukkan santan pekat. Guna santan kotak kecik 250ml. Dya masukkan separuh kotak je. Gaul rata dan biarkan masak hingga kuah rendang kering. Guna api slow.
  20. Tunggu sampai kuah rendang kering macam dalam gambar. Gaul rata. Jangan lupa masukkan garam & gula secukup rasa.
  21. Bila dah masak, hias dengan hirisan daun limau untuk bau wangi pada masakan. Dah boleh makan dengan nasi putih dah. Jomm!

Rendang ni best sangat. Lengkap dengan rasa manis, masam, masin, pedas dia. Semua ada.

Tips:

Jangan letak cili giling banyak sangat. Pedas gila rendang nanti weh!

7. Rendang Johor. 

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 1 ekor ayam, dipotong kecil
  • 4 sudu besar puri tomato
  • 1 tin Krimer Sejat MARIGOLD
  • 2 batang serai, diketuk
  • 2 helai daun limau purut
  • Jus dari setengah biji lemon
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 3 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 2 biji tomato
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji buah keras
  • 20 tangkai cili kering, dibuang biji
  • 5 biji cili merah, dibuang biji

Bahan-bahan untuk ditumis:

  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis

Bahan hiasan:

  • Daun ketumbar, dicincang
  • Daun bawang, dicincang

Cara penyediaan:

1. Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 30 minit.

2. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya untuk menggoreng; goreng ayam sehingga separuh masak.

3. Dalam kuali berasingan, tumis biji buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Tambahkan puri tomato bersama-sama bahan kisar dan terus tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan ayam diikuti Krimer Sejat MARIGOLD dan gaul rata sehingga semuanya sebati.

5. Biarkan ayam mereneh dalam kuahnya sehingga pecah minyak. Selepas itu, masukkan serai yang diketuk, daun limau purut dan jus lemon.

6. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, tambahkan air sehingga mencapai kepekatan kuah yang diingini.

7. Gaul rata sehingga semuanya sebati dan renehkan sebentar. Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun bawang sebelum dihidang bersama nasi atau ketupat.

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm page,untuk admin masukkan nama anda sebagai kredit resepi..terima kasih

8. Resepi Rendang Ayam / Daging Ala Sarawak

Bagi sesiapa yang telah menikmati rendang Sarawak, rasanya memang berbeza dengan di Semenanjung Malaysia. Di sini admin kongsikan resepinya…

Bahan A

  • 1 ekor ayam / 1 kilo daging
  • Santan (1 biji kelapa)
  • 4 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • Kerisik (1/2 biji kelapa)

Bahan B

  • 1 inci halia (dikisar)
  • 4 biji bawang merah (dikisar)
  • 10 biji bawang putih (dikisar)
  • ½ camca tepung kunyit
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 2 batang serai (ditumbuk)
  • Beberapa biji cili padi (ikut selera sendiri)

Cara membuatnya :

  1. Cuci ayam/daging sampai bersih. Tos kan.
  2. Gaulkan semua bahan B dengan ayam / daging.
  3. Masak ayam/daging sehingga keluar air ayam/daging itu sendiri.
  4. Masuk kan santan sedikit demi sedikit.
  5. Selepas itu masuk kan kerisik dan daun kunyit.
  6. Pastikan ayam/daging masak sampai empuk dan masuk kan garam dan ajinomoto(orang sarawak memang guna perasa) mengikut citarasa sendiri.
  7. Akhir sekali biar kan air santan kering dan padam kan api apabila ayam/daging sudah benar2 masak.

Jika sukakan artikal ini, Jangan Lupa Like Share Dan Komen Artikal Di Facebook Musang Live.

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*