Senarai Selebriti Lelaki Ini Dulu Rock Habis Kini Bergelar Pendakwah. Ada Lagu Rock versi islamik

9 Selebriti Lelaki Ini Dulu Rock Habis Kini Bergelar Pendakwah. Ada Lagu Rock versi islamik

Tahun demi tahun, industri seni kini memperlihatkan peningkatan golongan selebriti yang tampil dengan penghijrahan ke arah kebaikan.

Tidak kira lelaki mahupun wanita, penghijrahan mereka wajar dijadikan contoh kepada rakan selebriti yang masih berada dalam kepompong lama. Berikut disenaraikan 9 artis lelaki yang kini berhijrah sebagai pendakwa4h

Mel – Bekas penyanyi kumpulan “Wings”

BEKAS vokalis kumpulan Wings, Mel, 47, mengakui rasa penyesalan menebal setiap kali mengenangkan perbuatan silam yang mensia-siakan asas ajaran agama yang dipelajari sejak kecil.

Sejak kecil kedua orang tua saya dah ajar banyak perkara tentang agama. Tapi entah kenapa saya menolak dan jadi pemberontak bila semakin meningkat dewasa.

Saya pernah dihantar belajar agama di sekolah pondok tapi saya cabut lari. Tak nak belajar sebab masa itu saya rasa tak bersedia. Dan jiwa muda saya menolak semua perkara yang ke arah keagamaan. Seiring dengan kematangan usia, saya bersyukur apabila diberi hidayah sekali lagi. Alhamdulillah,” katanya.

Zul – Bekas penyanyi kumpulan HandyBlack

Penyanyi dan pelakon, Zul Handyblack, mendedahkan dia mula mendalami agama untuk menjadi insan lebih baik selepas selesai menyertai pertandingan Gegar Vaganza, akhir tahun lalu.
Zul berkata, keinginan untuk berbuat demikian sudah lama tersimpan dalam hati dan sejak dua tahun lalu, dia sedikit demi sedikit mula mendalami ilmu agama.

“Hendak dikatakan saya mendapat hidayah selepas Gegar Vaganza, ia bukanlah begitu. Tetapi, keinginan mahu mendalami agama sendiri makin membuak-buak sejak dua tahun lalu.

Izam – Bekas penyanyi kumpulan E.Y.E

Penyanyi yang pernah popular bersama kumpulan EYE pada tahun 1990-an, Ezam menjelaskan kehilangannya selama 13 tahun daripada industri muzik adalah kerana ingin mendalami ilmu agama.

Ezam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad, 47, berkata, sepanjang tempoh itu dia banyak menghabiskan masa mempelajari ilmu agama Islam di masjid-masjid selain menyertai kumpulan tabligh.

“Saya tinggalkan dunia seni pada tahun 1999 dan ketika itu saya nekad untuk menumpukan perhatian kepada mendalami ilmu agama.”

Iwan Syahman – Bekas penyanyi dangdut

Di kala saya sedang leka memikirkan makna kehidupan sebenar, tanpa disedari minda saya menerawang entah ke mana.

Semuanya ibarat air yang dituang ke dalam gelas. Bila penuh, ia tertumpah di atas lantai seolah-olah tiada erti. Saya anggap kehidupan saya seperti pembaziran, dedah Iwan

Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu dangdut kontemporari sekitar tahun 1990-an ini mengakui bahawa kehanyutan lampau berpunca dari kelalaian dari perintah Maha Pencipta. Apabila terlalu leka dengan keseronokan sementara dunia.

Ijam – Medicine

Sekitar tahun 1992 gejala cetak r0mpak amat berleluasa. Keadaan ini memaksa Ijam berhenti menjadi penyanyi. Sejak itu Ijam telah menjadi seorang tenaga pengajar menyelam selama beberapa tahun. Sehingga umurnya 37 tahun, bapanya menelefon beliau supaya pulang ke kampung sekiranya beliau ada masalah.

Ijam bersetuju untuk pulang ke kampung, dan di sambut mesra oleh bapa beliau. Bapanya faham Ijam ada masalah dan mula mengajar bab-bab agama kepadanya.

Sejak itu Ijam mula mendekatkan diri kepada Allah. Beliau rajin solat di masjid dan belajar agama dengan bapanya. Sebelum bapa Ijam menlnggal. bapanya sempat berpesan supaya Ijam tidak lupa masjid. Ijam kemudian berpegang teguh kepada pesan itu dan sentiasa istiqamah solat di masjid.

Sejak itu beliau semakin rapat dengan ustaz-ustaz dan para pendakwah hebat yang mengajak beliau untuk ikut serta dalam program dakwa4h.

Ali – Bekas penyanyi kumpulan XPDC

ALI, 45, mengakui kehidupannya kini semakin tenang dan lebih fokus selepas mengambil keputusan untuk berhijrah kira-kira dua tahun lalu.

Banyak perkara yang diketahui apabila kerap mendengar kuliah agama. Saya dapati banyak suruhan-Nya yang telah saya abaikan. Dan saya ambil keputusan untuk berubah.

Sepanjang saya ambil keputusan untuk berhijrah ini ada pelbagai ranjau yang dilalui. Ada banyak salah tafsir yang kemudiannya mengundang fltnah tanpa disedari.

Ustaz Akhill Hayy – Bekas penyanyi rock (80-an) “D Riyadh”

Semasa zaman remaja, Ustaz Akhil merupakan salah seorang anggota kumpulan rock di Malaysia. Kumpulan tersebut diberi nama D’Riyadh. Namun begitu, takdir Ilahi menentukan Ustaz Akhil akhirnya meningg@lkan kehidupan sebagai seorang pemuzik rock.

Ustaz Akhil Hayy kini merupakan sebuah penyanyi nashid yang aktif di Malaysia. Ustaz Akhil Hayy menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Kini, beliau lebih dikenali dengan lagu-lagu nasyid dan ceramah agama yang disampaikan di seluruh negara. Ustaz Akhil turut diberi gelaran “Ustaz Rock” kerana penglibatan beliau dalam arena muzik rock suatu ketika dahulu.

Bob Lokman – Bekas pelakon, pelawak, komposer

Meskipun namanya cukup popular sebagai pencipta lagu Isabella, pelawak dan pengacara, namun semua itu kini hanya tinggal kenangan.

“Saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

“Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lain. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang saya rasa tanggungjawab pada anak.

Sham Kamikaze – Bekas gitaris kumpulan “Kamikaze”

Beberapa tahun selepas itu beliau mula cenderung ke arah keagamaan dengan agak drastik. Seperti katanya kepada saya baru-baru ini selepas beberapa tahun tidak berjumpa, dunianya hari ini lebih tenang dan tidak haru-biru seperti di zaman glamournya.Dan rezekinya semakin murah selepas proses hijrah yang dilakukannya.

Saya memberi galakkan kepadanya untuk terus melakukan seperti apa yang dia lakukan sekarang. Muzik juga berperanan memberikan kita mesej dan pengajaran , seperti berdakwah melalui muzik.

Namanya pun besar di dalam industri muzik kita, jadi mudahlah untuknya lebih berperanan dengan watak yang dibawanya di dunia ini.

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*