BeritaTak puas hati asyik dimarahi, anak tikam ibu hingga meninggal dunia

Tak puas hati asyik dimarahi, seorang wanita maut ditikam anak di sebuah rumah terletak di Seksyen 25, Shah Alam pada Selasa.

Memetik laporan Astro Awani, lelaki warga Myanmar yang mempunyai masalah kewangan itu bertindak kejam dengan membunuh ibunya sendiri.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ohd Iqbal Ibrahim berkata, wanita warga Myanmar berusia 40 tahun itu ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di dapur rumahnya.

Tak puas hati asyik dimarahi

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada orang awam pada 5.49 petang, semalam.

Ujarnya, pengadu merupakan jiran kepada mangsa dan membuat laporan polis setelah diberitahu oleh anak bongsu mangsa yang baru pulang dari sekolah.

“Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku jam lebih kurang 4.30 petang, semasa mangsa yang berusia 40 tahun dipercayai sedang memasak di rumahnya ketika itu.

“Mangsa telah bergelut dengan suspek dan telah ditikam dengan senjata tajam dan melalui pemeriksaan tubuh telah menemui beberapa kesan tikaman pada badannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Maklum beliau lagi, pihaknya juga menjumpai senjata pisau yang digunakan untuk menikam mangsa di tempat kejadian.

Siasatan lanjut mendapati suspek tidak berpuas hati pada ibunya kerana asyik memarahi disebabkan masalah kewangan.

Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati punca kematian disebabkan lemas akibat ditekup dan mempunyai kesan tikaman di perut.

Tangkapan ke atas suspek yang berusia 20 tahun yang juga merupakan anak sulung telah dibuat dan permohonan reman telah dibuat bermula dari 21 hingga 27 Ogos oleh Mahkamah Majistret Shah Alam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Abdul Hafiz Sariee di talian 014-890 5051.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Astro Awani (Afiezy Azaman)

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*