“Bayar seikhlas hati” – Warga Emas Jual Belon Di Stesen Minyak Sampai Lewat Malam, Gigih Cari Duit Nak Tampung Hidup
Kini, rata-rata masyarakat tak kira golongan tua atau muda masing-masing sibuk menjalankan aktiviti perniagaan kecil-kecilan demi menambah sumber pendapatan gara-gara masalah ekonomi yang berpunca daripada pandemik Covid-19 ini.
Walaupun kadang kala untung yang diperolehi itu tidak memadai dengan kudrat dan penat lelah yang dilakukan, namun ia sudah tentu akan mendatangkan nikmat kesyukuran terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan.
Warga emas jual belon di stesen minyak
Seperti satu posting yang dimuat naik oleh seorang gadis yang bernama Shafinaz Suhaimi di laman Twitternya baru-baru ini, dia telah berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki warga emas sedang menjual belon di sebuah stesen minyak.
Menerusi caption yang dimuat naik oleh gadis ini, dia secara kebetulan ternampak lelaki warga emas ini sedang menjual belon pada lewat malam ketika dia singgah untuk mengisi minyak di stesen minyak Petronas area Tampoi, Johor.
Kasihan tiada pelanggan, tolong belikan
Disebabkan berasa kasihan gara-gara tiada pelanggan yang berhenti untuk membeli belon-belon yang dijual oleh Pakcik itu, gadis berkenaan telah membuat keputusan untuk membeli belon tersebut bagi membantu berkongsi rezeki dengannya.
Bayar seikhlas hati
Ketika ditanya berapa harga belon yang perlu dibayarnya, Pakcik itu mengejutkannya kerana dia tidak menetapkan harga untuk sebiji belon yang dijual sebaliknya menyatakan bayarlah dengan seikhlas hati sahaja.
Jom la sama2 tolong
Oleh hal tersebut, dia telah mengajak orang ramai agar sama-sama dapat membantu pakcik itu dengan membeli belon yang dijual.
Dia juga turut menyatakan secara terperinci lokasi pakcik tersebut berjualan bagi memudahkan urusan orang ramai mendapatkan belon dan juga memberian bantuan.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa kasihan melihat usaha yang dilkukan lelaki warga emas itu untuk mencari rezeki.
Mereka juga berharap agar orang ramai yang berada di lokasi sekitar kawasan tempat dia berjualan membeli belon yang dijual ataupun menghulurkan sedikit sumbangan agar warga emas itu memperoleh rezeki untuk menampung kehidupan.
Sumber: Shafinaz Suhaimi
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply