Mahu beri kebahagiaan, wanita hadiahkan motosikal & gelang emas untuk ibu ayah

Impian setiap anak pasti mahu membalas jasa ibu bapa yang sudah membesarkan kita tanpa sebarang keluhan mahupun berputus asa. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membalas penat lelah mereka.

Antara jalannya ialah dengan memberi hadiah kepada mereka. Perkara ini sama seperti perkongsian seorang wanita di aplikasi TikTok bernama Wan Nur Amirah. Pemberiannya itu telah mengundang sebak kedua orang tuanya.

Sentiasa berusaha untuk senangkan mereka

@mierahmcteqSelagi mak ayah kita masih hidup, sentiasa lah berusaha utk berbakti kpda mereka.. tak semestinya kita bls dgn wang ringgit, cukup jadi anak yg baik🥰

♬ الصوت الأصلي – سمّسمّ

Menerusi perkongsian itu, wanita tersebut telah memberi sepucuk surat untuk dibaca oleh ayah dan ibunya. Tidak dapat menahan sebak, air mata ayahnya laju menitis kerana sebak.
“Walau dari kecil Mirah tak pernah dapat kemewahan macam orang lain, tapi mirah dapat penuhi kasih sayang dan didikan yang baik daripada mereka,” luahnya.

Tambahnya lagi, meskipun dilahirkan dalam keluarga susah namun, ia tidak menghalang Mira untuk sentiasa berusaha mendapatkan keselesaan hidup. Dia juga berharap agar kedua-dua insan tercinta itu dipanjangkan umur.

Terharu, sebak tengok

Video berdurasi satu minit itu sudah pasti telah membuat orang ramai turut sebak melihat momen-momen indah dan bahagia bersama orang tua.

Rata-rata warganet terharu dan mendoakan agar segala urusan Mirah dipermudahkan selain turut merindui arwah ayah masing-masing.

Seronoknya ada ayah

Inspirasinya! Mengalir air mata tengok

Terbaik sis! Untung ibu ayah awak

Seronok bila dapat gembirakan ibu bapa ini. Rasa macam satu perasaan lega bila lihat mereka senyum. Semoga rezeki Mirah lebih luas selepas ini. Amin!

Sumber: TikTok Wan Nur Amirah

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*