(VIDEO) Peniaga Baik Hati Sedekah Makanan, Lepas Viral Datang Berkali-Kali Minta Duit

Peniaga Baik Hati Sedekah Makanan, Lepas Viral Datang Berkali-Kali Minta Duit

Baru buka kedai 30 minit, dia mai tuntut duit orang bagi…Hairan macam mana dia tahu?

Penularan video mengenai fakir miskin di media sosial mampu membuka lebih banyak ruang untuk netizen menyalurkan bantuan. Malangnya bagi seorang peniaga bernama Apit Zaidi ini, dia tidak menyangka kebaikannya bersedekah malah dibalas dengan perbuatan kurang menyenangkan.

Kira-kira sebulan lalu, seorang wanita bersama anak kecil telah singgah ke warung perniagaan Apit dalam keadaan menyentuh jiwa. Sedar mereka tidak mempunyai kemampuan, peniaga ini seikhlas hati memberikan sebungkus popia atas dasar simpati. Tidak terhenti di situ, dia turut sampaikan sumbangan lain misalnya seperti kasut dan juga baju baru. Namun keesokan harinya, dia hairan kerana individu terbabit sudah menunggu di depan kedai selain bertanya mengenai duit sedekah awam.

Video :

@apitzaidi_ bukan nak fikir buruk . Skrg byk aku belajar . nak buat baik berpadalah bila dah tahu situasi sebenar … ❤️ #popisBropit #fypdongggggggg ♬ original sound – @Bropit

Nak minta duit beli lauk…Nasi dah masak tapi lauk takde

Walaupun cuba untuk bersangka baik, ternyata Zaidi seakan-akan menjadi ‘lubuk emas’ buat kehidupan keluarga fakir terbabit. Rupanya sejak viral tempoh lalu, wanita itu dikatakan berkali-kali datang lagi ke sana dengan 1001 alasan. Tujuannya hanya satu iaitu mahukan wang ringgit. Pun begitu, panggilan telefon yang diterima daripada seorang doktor perawat mengesahkan mak cik berkenaan sebenarnya seorang penagih.

Mulanya cakap takde duit makan, bila petang cakap takde duit tambang bas

Duit yang diminta konon untuk menampung keperluan hidup sebenarnya digunakan bagi membeli barang terlarang. Selain meminta wang secara terang-terangan, Apit juga mendedahkan terkadang mereka akan membuat drama sedih untuk meraih simpati. Muncul dengan individu berbeza-beza, mak cik terbabit juga datang pada setiap hari sebanyak 2-3 kali.

Kredit : TikTok Apit Zaidi & FB mStar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di CARAMOHON

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*