“Tolong Pindahkan Saloma Link Ke Sabah, Kasihan Tengok Orang Nak Pergi Sekolah!” – Netizen

Kos pembinaan jejantas pejalan kaki Saloma Link sepanjang 370 meter di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur dilaporkan bernilai RM31 juta.

Namun memasuki tahun 2022 dalam abad ke-21 ini, jambatan Sungai Batang di Sandakan, Sabah ibarat hidup segan, mati kena baham buaya.

Dalam rancak para menteri bercakap soal ekonomi serta kemajuan teknologi dan sebagainya, nasib dua negeri di Borneo masih dianak tirikan.

Melihat beberapa keping gambar daripada Bernama, amatlah pilu dan duka cita rasa hati rakyat Malaysia kerana masih ada kawasan yang mundur.

Sampai bila perkara ini akan berakhir? Adakah selepas PRU-20 dalam tempoh puluhan tahun akan datang pula? Tiada siapa yang tahu!

Sumber : demimalaiu

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*