Tindakan Yang Dikenakan Kepada Nwakaeme


Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Walaupun perlawanan liga super baru memasuki perlawanan ke empat pada minggu ini, ada ura-ura mengatakan pemain Import Pahang Nwakaeme bakal menghadapi tindakan tatatertib susulan daripada tindakannya yang mengkr1t1k pengadil secara terbuka pada baru-baru ini.

Orang besi ini telah membuat satu penyataan terbuka akan ketidakadilan pengadil perlawanan malam itu iaitu ketika Pahang menentang Melaka United. DIa menafikan tindakan pengadil yang dikatakan tersalah bagi penalti kepada Melaka united.

Tindakan Yang Dikenakan Kepada Nwakaeme

Oleh itu, satu surat tunjuk sebab akan dikeluarkan oleh Pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan sebab mengapa dia melakukan perkara tersebut.

Katanya mereka telah membawa perkara ini kepada sekretariat dan mereka akan menyiasat perkara ini. Jikalau didapati bersalah maka Nwakaeme bakal berhadapan tindakan tatatertib.

“Kami akan bawa perkara ini kepada sekretariat dan kami akan menyiasat dahulu. Saya memang ada terbaca perkara itu tetapi kami akan kaji. Jika segalanya tepat, maka sekretariat akan menghantar surat tunjuk sebab”

Kata pengerusi jawatankuasa itu juga beliau tidak menghalang mana-mana pemain atau pegawai untuk mengkrit1k pengadil perlawanan. Tetapi mereka haruslah membuat krit1kan tersebut secara berhemah dan kena pada tempatnya.

“Bukan saya katakan ianya tidak boleh ditegur. Namun cara mereka tegur itu salah. Apa yang salah tetap salah dan semua orang pasti ada membuat kesilapan. Saya juga telah memberitahu pengadil bahawa mereka perlulah tegas dan adil.”

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*