Tiada kelapangan hingga Mac, peguam Siti Bainun jelaskan punca tarik diri

Tiada kelapangan hingga Mac, peguam Siti Bainun jelaskan punca tarik diri

Baru-baru ini, kes melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah mendapat perhatian ramai setelah 10 orang peguam pro bono yang mengendalikan kesnya telah menarik diri dengan alasan tidak berkelapangan.

Bainun menangis di mahkamah

Difahamkan, Siti Bainun telah menangis di kandang saksi dan hakim juga meminta agar dia mencari seorang sahaja peguam yang lebih bertanggungjawab untuk meneruskan kes tersebut

Tampil jelaskan hal sebenar

Susulan daripada itu, peguam-peguam Siti Bainun telah teruk dikecam netizen termasuklah peguam selebriti, Nur Hafidzah Hassan yang menarik diri saat akhir.

Namun begitu, menerusi Instagramnya, dia telah menjawab beberapa komen yang bertanya tentang mengapa dia ‘meninggalkan’ Siti Bainun bersama peguam-peguam yang lain.

Pertindihan tarikh punca tarik diri

Menurut Hafidzah, tiada sesiapa pun yang ‘meninggalkan’ pengasas Rumah Bonda itu dan ia bukan sesuatu perkara yang melucukan.

Ujarnya, pertindihan tarikh menyebabkan mereka terpaksa menarik diri kerana beberapa kes telah ditetapkan tarikh lebih awal. Mereka juga sudah memaklumkan memang tidak berkelapangan pada Januari, Februari serta Mac dan telah memberitahunya sejak Disember lagi.

Kenyataan ringkas tapi padat yang dibuat oleh Hafidzah itu telah menjelaskan perihal pelbagai persoalan netizen yang tertanya-tanya mengapa 10 peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri sehingga menjejaskan urusan mahkamah.

Difahamkan, mahkamah telah menetapkan 26 dan 27 Januari ini bagi sambung perbicaraan bela diri manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga Jumaat ini dilapangkan.

Sumber: Instagram hafidzahhassan

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*