Terlantar sakit patah tulang, suami rasa bersalah susahkan isteri sarat hamil

Dalam menjalani kehidupan rumah tangga, tidak dapat dikira begitu banyak pengorbanan isteri menguruskan rutin harian tanpa mengeluh. Selain anak-anak, mereka juga mengambil berat terhadap suami walaupun kadang-kala keletihan.

Bagi Mohd Faiz, dia menjadi serba salah apabila kurang mampu untuk bergerak sendiri gara-gara mengalami patah tulang peha akibat kemalangan sehingga memerlukan bantuan isterinya yang sedang sarat hamil dipercayai anak ketiga.

@eiz1690Abang minta maaf.. due date syg bila2 masa jaa abg xcdent patah paha pulak😭😭😭♬ original sound – Maiekꨄ︎❤︎

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, Faiz memohon maaf kepada isterinya setelah terlantar sakit di atas katil yang memerlukan penjagaan rapi, apatah lagi dalam masa sama wanita itu sudah tidak larat dan hanya menghitung waktu untuk bersalin.

“Abang minta maaf.. due date sayang bila2 masa je. Abang kemalangan patah paha pulak 😭😭😭,” tulis lelaki berkenaan, semalam.

Video berdurasi 17 saat itu memaparkan dia yang terbaring merakam kegigihan isterinya mengalihkan katil pesakit secara perlahan-lahan sehingga meraih hampir 351,000 tontonan dalam kalangan netizen.

Posting tersebut dipenuhi ratusan komen dimana rata-rata memuji pengorbanan isteri Faiz sebagai wanita hebat selain mendoakan agar proses kelahiran bayi pasangan itu dipermudahkan kelak.

Kesian, pucat muka isteri

Moga urusan suami isteri dipermudahkan

Selain itu, Faiz turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang prihatin bertanya mengenai lokasi rumahnya bagi menghulurkan bantuan. Namun dia berkata, ahli keluarganya hanya tinggal berdekatan sahaja.

Begitulah suami isteri, waktu susah senang perlu sentiasa bersama. Yang penting masing-masing kena tahu hargai pasangan, barulah bertambah kasih sayang!

Faiz dan keluarga

@eiz1690♬ dj.dia menyukaiku – ADENYA SALEHCURIK MEN 🔫

Sumber: TikTok eiz1690 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*