“Tengok Detik Akhir Melalui Video Call Je” Bapa Azlan Typewriter Meninggal Dunia Akibat Jangkitan C0vid I9

Penyanyi bersuara unik, Azlan Typewriter yang suatu ketika dahulu popular menerusi kumpulan Meet Uncle Hussain berasa sangat sayu kerana tidak dapat bersama-sama arwah bapa ketika detik-detik terakhirnya.

Selepas tiga minggu bertarung nyawa dengan wabak yang sedang melanda dunia, C0vid-I9, arwah Salehuddin Che Ani telah menhembuskan nafasnya yang terakhir pada kira-kira jam 4.25 petang hari Rabu.

Detik terakhir arwah adalah di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang. Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle Sallehudin, 39, berasa sangat sayu kerana hanya dapat melihat detik terakhir arwah menerusi video call sahaja.

PIHAK HOSPITAL BERI KEBENARAN

“Ayah saya menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.25 petang tadi. Saat paling menyedihkan bila saya tengok Allahyarham perlahan-lahan menghembuskan nafas terakhir.

“Walaupun tak dapat berada di samping arwah, tapi pihak hospital beri kebenaran kami membuat sidang video dan semua adik-beradik saya pun ada sekali dalam sesi video itu.

PIHAK HOSPITAL AKAN URUSKAN SEGALANYA MENGIKUT SOP

“Dalam keadaan sekarang saya hanya berserah kepada ketentuan Allah SWT. Saya akur apabila tak boleh uruskan jenazah bapa kerana C0vid-I9,” katanya.

Azlan berkata, pihak hospital akan menguruskan jenazah bapanya sehingga ke liang lahad berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) penyakit berjangkit yang sudah ditetapkan.

Azlan turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Hospital Selayang kerana memberikan sepenuh kerjasama yang baik dalam menguruskan jenazah bapa saya.

“Apabila perkara mengejutkan sebegini, kita jadi kalut kerana tidak bersedia dugaan ini datang,” katanya.

“Hanya mampu melihat dari jauh…”

Menjengah ke ruangan komen, amat sayu sebenarnya apabila insan tersayang menghidap C0vid-I9 ini. Pada masa tersebut sudah perlu dikuarantin dan kurang interaksi dapat kita lakukan dengan mereka. Jika ditakdirkan ajal menjemput, langsung tiada penghormatan terakhir yang dapat kita berikan. Semuanya hanya mampu dipandang dari jauh sahaja.

RAMAI YANG KEHILANGAN INSAN TERSAYANG DI BULAN INI

Bulan Ramadan kali ini terlalu banyak berita kematian yang kita dengari. Ada berita yang merupakan daripada orang yang kita tidak kenali. Ada juga daripada insan tersayang kita sendiri.

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama kehilangan insan tersayang akibat C0vid-I9. Namun, kejadian tersebut berlaku pada awal-awal pandemik dan PKP. Pada waktu tersebut, siap ada polis yang menunggu berhampiran.

C0VID-I9 BUKAN LAKONAN

Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan ini untuk menyedarkan masyarakat bahawa C0vid-I9 memang benar-benar wujud. Jika belum terkena pada batang hidung sendiri atau ahli keluarga sehingga meragut nyawa, pasti sukar untuk kita percaya. Janganlah semuanya sudah terlambat baru kita nak menyesal. Jadi, jaga dan patuhi SOP dengan sebaiknya.

Buat masa ini, apa sekalipun pandangan kita, patuhilah SOP yang telah ditetapkan. Usaha sehabis baik untuk memastikan diri kita dan mereka yang berada di sekeliling kita untuk mematuhinya. Kita perlu putuskan segera rantaian C0vid-I9.

Berapa lama lagi kita nak berjauhan dengan keluarga? Berapa lama lagi kita nak hidup dalam keadaan sebegini? Tiada lain yang kita boleh lakukan selain dari #KitaJagaKita.

SUMBER : HARIAN METRO

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*