Tanpa Ultras Malaya, Ini Luahan Syed Saddiq


Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Walaupun perlawanan diantara Malaysia dan Singapore dalam Piala Airmarine telah beberapa hari berlangsung namun bahang dan isunya masih lagi hangat diperkatakan. Isu yang masih diperkatakan adalah berkaitan dengan pemain yang diturunkan pada malam tersebut dan juga kehadiran penyokong.

Bila bercakap mengenai penyokong setia harimau malaya, pasti rata-rata sudah ternampak bayangan “Ultras Malaya”. Ultras malaya yang merupakan antara penyokong setia harimau malaya dianggap sebagai ekor harimau sejati ini melakukan satu perkara diluar jangkaan iaitu memboikot perlawanan di dalam kejohanan Piala Airmarine.

Akibat daripada tindakan tersebut maka boleh dikatakan perlawanan pertama diantara Malaysia menentang Singapore di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini sunyi sepi tanpa chant. Penyokong pula ramai yang tidak hadir ke Stadium mungkin disebabkan hasutan daripada Ultras malaya atau mungkin juga disebabkan harga tiket yang memang luar biasa mahal.

Tanpa Ultras Malaya, Ini Luahan Syed Saddiq

Disebabkan perkara ini berlaku maka Syed Saddiq yang merupakan menteri sukan meluahkan perasaannya mengenai perkara ini. Syed Saddiq sebelum itu sempat meluangkan masanya melihat skuad harimau malaya beraksi. Namun katanya pada perlawanan tersebut sangat berbeza dengan sebelum ini.

Tanpa Ultras Malaya, Ini Luahan Syed Saddiq
Source : Kosmo / Utusan

Tanpa Ultras Malaya katanya ianya sangat berbeza. YB Syed Saddiq mengatakan kehadiran mereka sangat diperlukan dan dirindui. Semangat mereka yang sebelum ini mengiringi perlawanan amat ditagih oleh pemain dan dia.

Syed Saddiq juga mengakui bahawa semangat dan apa yang dilakukan oleh Ultras Malaya pada sebelum ini tiada tandingan. Semangat luar biasa mereka ini amat diterujai oleh negara Asean.

Aku secara peribadi juga merasakan satu kehilangan besar apabila Ultras Malaya mengatakan “Curva Off” setelah mereka merasakan seperti harimau malaya dieploitasikan oleh pihak tertentu. Semangat mereka tidak boleh digunakan oleh sesetengah pihak tertentu.

Disebabkan itu jugalah kehadiran pada perlawanan Malaysia menentang Singapura baru-baru ini seramai 2000 orang sahaja. Jauh berbeza daripada perlawanan perlawanan sebelum ini yang mana kehadiran penyokong amat mengalakkan. Adakah pada perlawanan menentang afghanistan nanti juga kehadiran penyokong semakin berkurang ?

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*