” Alamakk nombor dua lagi laa, nombor dua lagi laa..mari kita lihat siapa yang kena..”
Pastinya ramai di kalangan kita yang masih ingat dengan dialog pelawak lagenda, Allahyrham Ibrahim Pendek dalam babak baling dadu dalam filem Ali Baba Bujang Lapok yang turut dibintangi seniman Allahyrham Tan Sri P. Ramlee.
Sepanjang bergiat dalam dunia lakonan, Ibrahim Pendek atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Brahim sering mewarnai filem-filem lucu arahan Tan Sri P. Ramlee.
Paling menarik untuk dikongsikan, Pak Brahim juga pernah mencatat sejarah perfileman Melayu kerana beliau adalah pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem Hollywood bersama Rock Hudson dan Gene Rowlands dalam filem The Spiral Road pada tahun 1962.
Kalaulah kerajaan ketika itu meluluskan permohonan Pak Brahim untuk meneruskan kariernya di Amerika Syarikat, nescaya arwh pasti sudah menjadi bintang lagenda di Hollywo0d
Namun apa yang ingin dikongsikan bukan mengenai Allahyrham Pak Brahim, tetapi mengenai kisah kepayahan hidup keluarganya selepas kem4tiannya.
Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengarang popular Syahril A.Kadir di FB beliau pada 2016.
Arwh meninggI dnia pada tahun 2003 meninggalkan tujuh orang cahayamata daripada dua kali perkahwinan dalam usia 71 tahun ketika orang ramai sedang sibuk menyambut Aidilfitri.
Salah seorang daripada mereka adalah Aidid. Dia yang masih bujang kini dah pun berusia 38 tahun. Aku mengenali Aidid sewaktu bertugas sebagai Pegawai Khas Menteri tahun lalu.
Ketika itu Aidid menulis surat memohon bantuan untuk keluarganya di Melaka. Walaupun gemilang di zamannya, namun di penghujung hayatnya arwh Pak Brahim hanya hidup sederhana, lebih tepat – ‘sangat sederhana! ‘
” Lepas ketiadaan ayah, kami semua membawa diri untuk mencari rezeki. Kini saya menjaga parking di sebuah kompleks membeli-belah di ibu kota.
Berapalah sangat gaji, nasib baik adalah bantuan RM300 sebulan kerana saya pemegang kad OKU.
Tetapi saya taknak mengemis dan merayu simpati bang. Selagi hayat dikandung badan, saya akan buat apa saja demi mencari rezeki yang halal.
” Cuma saya berharap, kalaulah ada peluang pekerjaan di sekitar Cheras, harap dapatlah tawarkan pada saya kerana kini saya hanya menumpang dengan abang angkat di sana
” Bila kena syif malam susah betul saya nak ke pusat bandar, maklumlah pengangkutan awam dah takde, naik teksi mahal.
” Arwh ayah memang pelakon terkenal, semua orang kenal…tetapi susah kami tak seorang yang tahu.
” Saya bangga dengan pencapaian ayah dan saya tak menyesal menjadi anaknya. Cuma saya tak boleh hidup dengan kemahsyuran dan kegemilangan ayah,
” Semua tu tinggal sejarah… nak kerja tempat lain banyak orang tak terima kerana faktor fizikal saya, jadi tempat parking inilah dunia saya,” katanya sayu.
Pernah mendapat bantuan kerajaan negeri Melaka
Menyorot kembali, kisah Aidid bergelut dengan kehidupan pernah mendapat perhatian sebuah portal popular Mstar pada tahun 2012.
Difahamkan ketika itu, pihak kerajaan negeri Melaka bersetuju untuk menghadiahkan keluarga Aidid sebidang tanah dan rumah baru.
Ia susulan beberapa hari sebelum itu, pihak media menyiarkan kesengsaraan keluarga pelawak seangkatan Allahyrham Tan Sri P.Ramlee itu yang hidup dalam kesempitan di sebuah rumah usang, di tanah rizab berhampiran kabel elektrik voltan tinggi di Tanjung Kling Melaka.
Isterinya Asiah Othman, 57, tinggal bersama enam orang anak dan 10 orang cucu di rumah berkenaan yang sempit selepas Ibrahim meninggI dnia pada November 2003 akibat asma.
Aidid berkata, adik-beradiknya yang berusia antara 29 hingga 40 tahun (pada tahun 2012) hanya bekerja menjual nasi lemak dan roti canai di Lereh dekat sini sejak sekian lama untuk menampung hidup.
” Pendapatan kami hanya cukup untuk menyara kehidupan kami sahaja.
” Empat daripada adik-beradik kami sudah kahwin dan mempunyai anak tetapi untuk memiliki rumah baru adalah mustahil,” jelasnya yang turut dilahirkan sebagai kerdil bersama tiga adik beradiknya yang lain.
Sementara itu Aishah yang pada mulanya enggan mendapatkan bantuan kerana malu dengan nasib keluarga memberitahu, suaminya tidak meninggalkan apa-apa harta kepada keluarga sebelum meninggI dnia.
Katanya, selama ini dia bekerja keras dengan menjual makanan untuk menyara keluarga dan meneruskan hidup.
Justeru, pihak Muzik Jalanan mengajak orang ramai untuk sama-sama berdoa semoga diangkatkan segala kepayahan hidup keluarga Allahyrham Ibrahim Pendek, mudah-mudahan digantikan dengan kesenangan oleh Allah swt.
Sumber:FB Syahril A.Kadir via FB Klangkampunghalamanku dan mstar (2012)
Leave a Reply