Suami Terpaksa Tinggalkan Jnazah Isteri Sendirian Di Rumah Berjamjam, Terpaksa Keluar Pinjam Duit Bayar Kos Ambulans dan Pengebumlan

Seorang suami di Kota Mojokerto, Jawa, Indonesia terpaksa keluar meninggalkan jnazah isterinya sendirian di rumah kerana mahu meminjam duit untuk membayar kos pengebumlan.

Lelaki berkenaan, Dedy, dilaporkan berbuat demikian kerana didakwa tiada wang dan satu-satunya jalan untuk mendapatkannya adalah dengan meminjam.

Pada awalnya, isterinya Indah Kusaeni, 30, mend3rita penyaklt beguk sejak sekian lama dan difahamkan, Indah hanya terdampar saklt di rumah mereka.

Bagaimanapun d3rita Indah ‘berakhir’ apabila dia disahkan mninggal dunia di rumah tersebut. Tubuhnya yang terbujur kaku itu diratapi Dedy selepas suaminya itu pulang dari kerja.

“Indah mninggal dunia sejak kelmarin, tapi jnazahnya sampai hari ini masih berada di dalam bilik dalam keadaan sudah dimandikan dan dikapankan.

“J4sad Indah masih belum dikebumikan kerana Dedy sibuk mencari wang untuk menempah perkhidmatan ambulans,” jelas jiran Dedy, Damayanti, memetik laporan Kompas.

Berjam-jam tinggalkan jnazah sebab sibuk uruskan perkuburan & cari duit

Difahamkan, Dedy keluar untuk mencari lokasi tanah perkuburan pada pukul dua petang dan kembali semula pada sembilan pagi berikutnya. Kemudian dia keluar semula untuk mencari wang pinjaman dan ambulans.

Namun pemergian Dedy yang tidak pulang ke rumah berjam-jam lamanya selepas itu menimbulkan rasa curiga jiran-jirannya, lalu mereka menghubungi pihak p0lis.

Bagaimanapun akhirnya Dedy tiba juga ke rumah pada keesokan harinya. Ketika itu, pihak polis sudah berada di rumah untuk menjalankan slasatan.

“Saya mohon maaf kerana sibuk mempersiapkan pengebumlan, selain turut pergi ke hospital untuk memanggil pihak ambulans datang ke rumah saya.

“Saya tidak berniat untuk mninggalkan j3nazah isteri saya sendirian. Kerana itulah saya meminta tolong para jiran untuk melihat keadaannya ketika ketiadaan saya,” jelasnya pada pihak polis.

Dalam pada itu, Dedy terpaksa mengaku bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung segala kos pengebumian, apatah lagi mahu membayar caj perkhidmatan ambulans.

“Saya tidak punya wang untuk biaya kos perubatan di hospital hingga terpaksa meminjam daripada orang lain. Ini sahaja belum selesai, termasuk bahagian tanah liang lahad kerana ianya harus dibeli (dibayar),” jujurnya.

Sementara itu, pihak polis mengesahkan bahawa kematlan Indah adalah berpunca daripada penyaklt yang dihidapinya, bukan akibat kecederaan fizikal.

Sumber: Kompas / Makassar Terkini

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*