Siapa yang tidak kenal dengan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim, baginda Tuanku Johor ini sangat mempunyai matlamat dalam setiap apa yang dilakukannya dan ini dapat kita lihat dalam perkembangan bolasepak Negeri Johor. Berikut kami kongsikan artikel lama yang telah diterbitkan dalam page rasmi JDT.
“Saya belum berpuas hati lagi. Banyak lagi kerja. Inilah mentaliti yang saya ‘implement’ dalam JDT. Tidak pernah berpuas hati, dan tidak pernah berasa selesa. Sentiasa inginkan yang lebih baik. JDT Selamanya”- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja
Pembentukan sebuah pasukan yang hebat memerlukan sedikit kesabaran dan kepercayaan kepada pengurusan kelab. Kriittikan serta persepsi neggaatif dari pengkkrritik dan penyokong bola sepak tanah air menjadi santapan yang dihidangkan setiap hari bermula dari awal penjenamaan semula Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Ironinya ini bukan perkara mudah. Namun dengan kesungguhan yang tinggi dalam usaha mahu melihat bola sepak Negeri Johor dipandang tinggi, DYAM Tunku Mahkota Ismail berusaha keras sehingga berjaya ditahap sebegini.
MEMPUNYAI TUJUAN YANG JELAS
JDT merupakan sebuah kelab yang mempunyai misi, visi dan aspirasi yang telah diatur dengan rapi sejak kewujudan. Merupakan kelab kecil yang mempunyai aspirasi besar untuk menempa kejayaan dalam arena bola sepak, DYAM Tunku Mahkota Ismail juga mahukan JDT sentiasa bersedia untuk berkembang dari musim ke musim. Sentiasa dahagakan kejayaan dan sentiasa berkemahuan tinggi untuk menggapai lebih banyak kemajuan.
Sehingga kini, JDT berdiri sebagai sebuah kelab profesional yang dilengkapi pengurusan, fasiliti dan penyokong yang terbaik dan sempurna malah telah menjadi tarikan utama buat pemain profesional antarabangsa dan tempatan untuk menyertai pasukan ini.
Adalah menjadi penghormatan bagi pemain yang dipilih untuk menjadi sebahagian dari projek kelab hebat yang bercita-cita tinggi ini. Kini, dunia lebih mengenali JDT berbanding kelab-kelab lain di negara ini.
KEMATANGAN
Setiap tahun, penanda aras yang diletakkan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail akan sedaya upaya dicapai mengikut perancangan yang telah diaturkan. Sejak penjenamaan semula JDT hasil inspirasi baginda, JDT membawa kessaan yang besar dalam kancah bola sepak tanah air.
Falsafah dan DNA JDT yang menerapkan kemahuan untuk memenangi setiap aksi, kesedaran takktikal dan revolusi permainan kepada bola sepak moden juga tidak pernah berubah. Berikutan kejayaan DYAM Tunku Mahkota Ismail mengimplementasikan jalan keluar JDT dari pemikiran retrogresif bola sepak Malaysia, sejarah demi sejarah telah berjaya dicetak sejak 2013.
Perkara paling diingati adalah JDT berjaya menjadi pasukan tempatan pertama dari Malaysia yang menjulang piala berprestij Piala AFC 2015, selain memecah monopoli pasukan dari Asia Barat yang sebelum ini silih berganti menjadi juara Piala AFC.
JDT membuat kemunculan yang menyakinkan dan mampu bersaing setaraf kelab-kelab hebat dunia pada penampilan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada musim 2019. Satu pencapaian yang sebelum ini mereka kata hanya sebuah illusi. Namun, dengan perancangan yang teliti dan terancang, DYAM Tunku Mahkota Ismail berjaya membuktikan bahawa semua tanggapan itu hanya dari individu yang hidup dengan penuh kegagalan.
Leave a Reply