Tokoh sasterawan Kelantan, Darma Mohammad dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun kira-kira jam 9 pagi hari ini.
Memetik Dewan Sastera, Darma atau nama sebenarnya Daud Mohammad telah menghembuskan nafas terakhirnya di Klinik Kesihatan Pasir Mas, menurut anaknya, Ahmad Aizuddin Daud.
“Sejak dua tiga Hari Ini, ayah batuk-batuk.
“Lebih kurang pukul 8.30 pagi tadi mengadu sesak nafas, jadi kami bawa ke klinik,” kata Aizuddin ketika dihubungi Dewan Sastera.
Difahamkan, allahyarham akan dikebumikan selepas waktu Isyak di tanah perkuburan Islam Pasir Mas.
Dalam pada itu, solat jenazah akan diadakan selepas solat Isyak di Masjid Sultan Muhammad III yang terletak di Pasir Mas.
Sumber: Dewan Sastera
Leave a Reply