Pada bulan Ramadan, pastinya ramai yang tertunggu-tunggu dengan lavngan azan Maghrib dari masjid atau surau berdekatan bagi memaklumkan sudah tiba masa untuk berbuka puasa.
Namun, lain pula yang jadi di sebuah masjid di Sri Gombak, Selangor apabila pihak masjid telah melaungkan azan Maghrib awal tiga minit menyebabkan ramai menyangka waktu berbuka sudah tiba.
Mohon maaf atas kekhilafan
Menerusi laman Facebook Asal Gombak, pihak Masjid Al-Khairiyah Sri Gombak telah memohon maaf dan menerangkan situasi yang berlaku sehingga bilal melaungkan azan lebih awal sebelum dari waktu berbuka.
Terbat4l dan perlu diganti
Pemohonan maaf itu telah dibuat dengan mewakilkan Haji Wan Nawawi iaitu Nazir masjid berkenaan bagi menjelaskan hal sebenar dan memaklumkan bahawa puasa para jemaah di sekitar kawasan tersebut terbatal dan perlu diganti.
“Assalamualaikum. Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah Tmn Seri Gombak memohon maaf atas kesilapan kami melaungkan azan Maghrib tiga 3 minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Isnin 7 Ramadhan 1442 19 April 2021 disebabkan oleh masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid.
Para jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa Tuan/Puan telah *terbatal* pada hari tersebut dan perlu diganti/diqadha’.
Begitulah pandangan jumhur ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqadha’.
Para jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui siri Bayan Linnas Siri Ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017
Sekali lagi kami mohon maaf dan Insyaallah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi”
Ada juga yang perasan
Diruangan komen laman Facebook, orang ramai mulai membanjiri posting tersebut dengan meninggalkan pelbagai maklum balas. Ada juga yang perasan dengan hal tersebut dan ada juga yang berfikiran positif serta sedia untuk menggantikannya semula.
Sumber: Asal Gombak
Leave a Reply