Puas menangis lepas diceraikan, wanita segera ‘bangkit’ nikah baru habis iddah

Jodoh dan pertemuan adalah satu rahsia Tuhan yang akan tiba pada waktu yang tepat. Kita juga tidak tahu sampai bila jodoh itu akan berkekalan sama ada sehingga ke hujung nyawa ataupun sekadar persinggahan yang sementara.

Cerai dan nikah baru dalam tahun yang sama

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok apabila memuat naik kisah hidupnya yang diceraikan sebanyak tiga kali sehingga tepat 29 Julai 2021 dia bergelar ibu tunggal.

Pada awalnya, wanita yang dikenali sebagai nurfatihahardini memaklumkan dia amat sedih namun kesedihan tersebut rupanya sementara kerana habis sahaja tempoh iddah, dia telah berkahwin dengan jejaka yang sudi menerimanya.

@nurfatihahardini Tiber sangat #fyp #fypdongggggggg ♬ original sound – nata 👸🏼

Dah lalui macam2 dugaan, ini masa untuk bahagia

Menurutnya lagi, dia telah melangsungkan perkahwinan baru selepas tamat tempoh iddah pada hujung tahun yang sama dan akui sangat bahagia dengan perkahwinan tersebut.

Walaupun ada yang mempersoalkan tindakannya yang boleh menyebabkan fitnah, namun nurfatihahardini menjelaskan yang dia sudah melalui pelbagai kepahitan pada perkahwinan terdahulu dan enggan memikirkan cakap-cakap belakang orang yang tidak mengetahui kisah hidupnya.

@nurfatihahardini Reply to @rinileefsrl ♬ Sad piano ballad (BGM / sad)(936782) – TrickSTAR MUSIC

Lepas dah nangis puas2 jangan lupa bangkit

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang menyokong apa yang dilakukan oleh wanita itu kerana sebagai seorang perempuan, dia juga layak rasa bahagia selepas gagal dalam perkahwinan sebelumnya.

Mereka juga mengakui daripada terus meratap dan menangisi kegagalan dalam rumah tangga lebih baik bangkit serta mencari kebahagian baru yang pasti membuatkan kita lebih gembira.

Abaikan orang cakap bukan2

Apa-apa pun, semoga perkahwinan yang terbina kekal hingga ke Jannah dan terus berusaha menjadi lebih baik serta bahagia bersama pasangan yang ikhlas mencintai kita.

Sumber: TikTok nurfatihahardini

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*