PU Syed tegur Yazmin Aziz pula -“Jangan bangga ada pakwe bukan Islam”

PU Syed tegur Yazmin Aziz pula -“Jangan bangga ada pakwe bukan Islam”

Penyanyi yang pernah menyertai program Big Stage musim ke-4, Yazmin Aziz dilihat kerap terpalit kontroversi lebih-lebih lagi melibatkan penampilannya.

Baru-baru ini, dia sekali lagi menjadi bualan netizen di media sosial apabila menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bolasepak import pasukan negeri Kelantan iaitu Nixon Guylherme Brizolara.

Teman lelaki pemain bolasepak import

Gambar-gambar kebersamaan mereka di media sosial juga kerap menjadi perhatian umum kerana terlihat sangat terbuka dan mesra walaupun tidak mempunyai sebarang ikatan yang sah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yazmin Aziz (@yazmin.aziz)

Tak faham kenapa ada yang persoalkan tentang agama

Disebabkan dia pernah bercerita tentang agama teman lelakinya yang bukan beragama Islam, Yazmin telah menerima pelbagai komen daripada netizen.

Dia juga sebelum ini telah menjelaskan perihal teman lelakinya yang beragama Katolik dan akui tidak faham mengapa sesetengah netizen mempertikaikan hal tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yazmin Aziz (@yazmin.aziz)

Jangan bangga pakwe bukan Islam

Terbaru, pendakwah bebas, PU Syed telah membuat satu hantaran di media sosial dengan menegur tindakan Yazmin yang dikatakan bangga bercerita tentang teman lelakinya yang non-muslim.

Dia juga telah menyertakan sekali ayat di dalam Al-Quran berkenaan larangan perhubungan wanita dan lelaki yang berlainan agama.

Menerusi video tersebut juga, pendakwah tersebut ada menyebut bahawa perbuatan berpelukan di khalayak ramai seharusnya tidak dipertontonkan, lebih-lebih lagi ketika dunia berada di akhir zaman.

Jadi, PU Syed menasihatkan selebriti itu supaya berpegang teguh pada landasan agama Islam. Dia juga berharap supaya penyanyi itu segera bertaubat dan mengajak kekasihnya memeluk Islam sebelum mendirikan rumah tangga.

Sumber: Instagram PU Syed

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*