Kawal K3s J3nayah Jalanan, Polis Pakistan Tubuh Pasukan Berkasut Roda

Baru-baru ini, pihak polis di bandar paling besar Pakistan, Karachi dikhabarkan telah menubuhkan pasukan bersenjata yang memakai kasut roda dalam usaha membendung k3s k3curian dan g4ngguan yang berlaku di jalanan.

Unit yang terdiri daripada 20 orang anggota itu merupakan sebahagian dari Unit Keselamatan Khas (SSU), merangkumi 10 pegawai lelaki dan 10 pegawai wanita.

Mereka ditugaskan untuk mengawal kesalahan jenayah yang berlaku di lorong-lorong dan jalan-jalan sempit memandangkan kasut roda memudahkan kerja mereka untuk mengejar perompak menaiki motosikal di bandar yang didiami 20 juta penduduk itu.

Bagaimanapun, anggota polis berkasut roda tidak boleh ditugaskan di seluruh Karachi kerana terdapat segelintir tempat yang mempunyai keadaan jalan yang kurang elok dan tidak rata.

Justeru itu, unit khas berkenaan akan dikerahkan di bahagian bandar dengan kejadian kecur1an dan j3nayah yang lebih tinggi sahaja.

Menjengah ke laman sosial Twitter, ternyata ramai netizen meninggalkan komen berbaur lucu pada masa yang sama mempertikaikan pendekatan tersebut dengan beberapa kemungkinan situasi yang akan berlaku.

Lari atas rumput

Terdahulu, beberapa gambar dan video yang menunjukkan anggota unit itu meluncur beramai-ramai bersama s3njata mereka telah menjadi tular di serata internet dan mencur1 perhatian ramai netizen di seluruh dunia.

Sumber: Twitter CBS News, Reuters (Syed Raza Hassan)

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*