Menjelang pertemuan diantara pasukan Johor Darul Ta’zim dan Gyeongnam Fc pada hari selasa ini JDT menerusi laman facebook rasmi mereka membuat satu permintaan kepada penyokong mereka.
Permintaan JDT kepada Peminat
Johor Darul Ta’zim atau dikenali JDT meminta agar penyokong mereka membawa satu bendera setiap seorang ketika masuk dalam stadium dalam memberi sokongan kepada pasukan ini.
Memetik dalam posting yang dibuat dalam media sosial itu ada mengatakan bahawa penyokong merupakan salah satu elemen paling penting dalam perlawanan kedua. Perlawanan ini merupakan misi penting pasukan ini bagi mengutip tiga mata penuh di tempat sendiri.
“Elemen paling penting menjelang perlawanan ini adalah siapalah Harimau Selatan tanpa penyokong. Tanpa penyokong, hilang sirna panji yang didokong. Penyokong Merah Biru diibaratkan sebagai roh di dalam pasukan. Tanpa roh, pasukan ini tidak berjaya dalam setiap tindakan.
Tidak boleh disangkal, memang selamanya akan kekal, sokongan padu penyokong Merah Biru umpama alteratif memacu swadaya, Ngauman Selatan ditagih mobilisasi untuk terus berjaya.
Maka, stadium keramat ini jangan dibiarkan sunyi kosong tidak berpenghuni, Sorakan Larkin perlu bergema bila tiba kokurensi, supaya jadi peneman sebelas kesatria Harimau Selatan, untuk memerah keringat sepanjang sembilan puluh minit waktu perlawanan.
Kita tunjukkan kepada kelab bunga dari Korea itu bahawa rumah kita ini tidak sekali mudah dijajah. Kita tunjukkan pada mereka bahawa kita calon gergasi Asia!
Kita pateri dalam ingatan mereka bagaimana rupa panji Johor Darul Ta’zim, biar sampai bila-bila mereka tidak lupa sini Larkin jangan main-main.
“Ayuh tunjukkan ini panji kita”
Dari itu, ‘Satu Penyokong Satu Bendera’ bersama kita realisasikan.
Integrasi bersatu hati bersama kita menyahut seruan. Kita hadiahkan panji ini sebagai salam pengenalan, bersama kita kibarkan dengan penuh kebanggaan. Kita warnai stadium ini dengan panji yang penuh berdaulat, biar wakil Korea itu terpesona lantas terpikat.
Akhir kalam, kita tunjukkan kepada seluruh benua Asia, Stadium Larkin adalah Kota ngeri yang boleh buat mereka paranoia, sokongan padu kita mampu membuat pasukan lawan jadi insomnia, muafakat kita umpama penambah tonik tenaga yang optimalisasi, menjadi penjana energi pemain Harimau Selatan untuk meningkatkan prestasi.
Percayalah, kita tidak boleh sesekali mengubah arah angin, tetapi kita boleh mengubah mimpi menjadi kenyataan. Mimpi boleh dicapai dengan hanya kewujudan keyakinan dalam sesuatu perjuangan. Maka dengan itu yakinlah kita boleh mencapai kemenangan!
“Jangan mati dalam dengkur, biar mati dalam tempur, biar bertongkat dagu bila kaki patah, panji tanah Jauhar pastikan berkibar megah. Pacak hati jadi paksi, malam itu jadi saksi!!” – Media JST
Leave a Reply