Ramai kagum dengan penghijrahan Lisa Surihani, Rajin sertai majlis ilmu.

Rajin sertai majlis ilmu, ramai kagum dengan penghijrahan Lisa Surihani

Terbaru, pemilik nama Lisa Surihani Mohamed itu sekali lagi mencuri tumpuan apabila menghadiri majlis pengisian ilmu yang dikendalikan oleh penceramah ustaz Wadi Anuar di rumah Datuk Seri Nurhaliza.

Bagi pengikut Datin Lisa Surihari di laman sosial Instagram, pasti mengetahui pelakon itu sering menyertai majlis ilmu bersama rakan selebriti untuk kekal istiqamah di jalanNya.

Pelakon berusia 36 tahun itu memuat naik video memaparkan dirinya dari menjejakkan kaki keluar rumah sehingga sesi ceramah selain beramah mesra dengan rakan selebriti lain.

Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu, Al-Hudaa (petunjuk), At-Tuqaa (ketaqwaan), Al-‘Afaaf (terjaganya kehormatan) dan Al-Ghinaa (rasa cukup)

“HR Muslim No 2721 dari sahabat Abdullah bin Mas’ud RA,” tulis isteri kepada pengarah, pelakon, dan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim itu dengan berkongsi sebuah hadis.

Rata-rata netizen memuji penghijrahan Lisa yang semakin berusaha menimba ilmu dan mendekatkan diri pada Sang Pencipta sekali gus dapat memperbaiki diri sebagai hambaNya.

Tampil sopan dengan kaftan labuh berwarna Maroon, imej menutup aurat pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu seolah-olah memukau pandangan mata yang melihatnya.

Kagum, teruskan jadi inspirasi

Sumber : Instagram Lisa Surihani

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*