Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim Tunku Ismail mengesahkan dalam meningkatkan prestasi pasukan JDT 2 baginda telah membawa seorang pemain daripada Sepanyol dan seorang pemain muda daripada Jepun untuk bersama-sama Johor Darul Ta’zim 2 beraksi pada musim 2020 ini.
Menurut TMJ pilihannya daripada Sepanyol dan Jepun itu akan diumumkan pada Januari nanti memandangkan saalah seorang pemain itu masih lagi mempunyai kontrak sehingga 31 Disember ini.
Baginda juga turut memberitahu bahawa mereka telah menandatangani pemain tengah berbakat Liridon Krasniqi. Selain itu, pemain daripada Akademi Mokhtar Dahari juga antara yang disebut baginda untuk dipanggil beraksi bersama pasukan JDT 2.
Perkara ini disahkan oleh TMJ dalam satu sidang media dimana baginda juga berkata beberapa pemain muda terpilih cuba untuk dihantarnya ke FC Zurich melalui pengantaraan beekass pemain Chelsea Florent Malouda.
Dalam sidang tersebut juga, TMH meletakkan matlamat bahawa kelab Johor Darul Ta’zim akan menjadi kelab yang bakal menceecah RM1 Billion menjelang dua tahun akan datang. Perkara itu kata baginda akan dicapai melalui aset seperti Stadium, hartanah dan fasiliti lain yang dimiliki oleh kelab selatan tanah air itu.
Ini secara tidak langsung menjadikan kelab tersebut antara kelab termahal di Asia Tenggara dan munggkin menjadi kelab termahal di Malaysia. Kini dijangkakan bahawa kelab itu sudah mempunyai aset lebih kurang RM500 juta.
Leave a Reply