Nenek 73 tahun ‘ride’ seorang diri dari KL ke Senawang, cadang nak ke Melaka pula

Orang kata, usia bukan penghalang untuk sesiapa pun melakukan apa yang mereka inginkan. Selagi masih mampu dan kudrat kekal kuat, tak salah untuk membuat apa sahaja yang mereka suka.

Nenek rileks ride jauh2

Namun, sebagai u anak, pastinya kita berasa khuatir andai orang tua kita masih berani melakukan sesuatu perkara orang muda pun sudah jarang lakukan.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok apabila ‘geleng kepala’ dengan gelagat neneknya yang masih kuat membawa motosikal dari Ampang, Selangor datang ke rumah anak cucunya di Senawang, Negeri Sembilan.

@nurul_ain_jariah Reply to @fazilawati77 esok die nak g melaka tu, umah kg die, boleh tumpang die or ride sama2 ngan nenek 🤣🤣#fypシ゚viral ♬ original sound – Nurul Ain Jariah

Plan nak ke Melaka pulak

Menurut Nurul Ain Jariah lagi, neneknya sememangnya suka membawa motosikal dan sedang bercadang mahu ke Melaka untuk pulang ke kampungnya seorang diri.

Hal tersebut juga bukanlah sesuatu yang baru buat mereka sekeluarga kerana neneknya sudah terbiasa membawa motosikal lebih-lebih lagi baru sahaja membeli motosikal baharu beberapa bulan lepas.

@nurul_ain_jariah Reply to @eclipse.911 ♬ Cinta Pertama – Welcome Ezal

Dah berusia 74 tahun

Menurutnya lagi, neneknya sudah pun berusia 74 tahun namun masih kuat dan bersemangat lagi menunggang motosikal dengan jarak yang agak jauh.

Warga emas itu sememangnya suka membawa motosikal dengan alasan mudah untuk berjalan-jalan.

@nurul_ain_jariah Adoi la nenek ku , nenek ku 73 Tahun ❤️❤️ Motor Ronda Ronda kata nya#fyp #fypシ ♬ original sound – Mi’ami

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang berasa kagum dengan keberanian nenek kepada Nurul Ain Jariah kerana bukan senang melihat seorang perempuan yang sudah berumur untuk membawa motosikal lebih-lebih lagi di atas lebuh raya.

Dah halang pun tau2 sampai

Dalam pada itu, ramai juga bimbang akan keselamatannya kerana kenderaan yang banyak terutamanya pada waktu puncak boleh mengundang bahaya.

Walau bagaumanapun, pengguna TikTok berkenaan telah memaklumkan yang mereka sudah puas menasihati hal tersebut namun tetap juga dilakukan. Paling utama, kita doakan agar nenek terus diberi keselamatan dan kesihatan yang baik agar terus bersemangat setiap hari.

Mesti nenek seorang yang sangat berdikari

Sumber: TikTok nur_ain_jariah

 

 

 

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*