“Nad Zainal semakin baik cuma doktor tak mahu tergesa-gesa ‘sedarkan’ dia” -Rakan
Sejak berita tentang pelakon, Nad Zainal dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan jankitan kuman pada paru-paru, ramai rakan artis menguar-uarkan tahap kesihatan selebriti itu dan memohon orang ramai supaya dapat sama-sama mendoakan kesembuhannya.
Keadaan bertambah baik
Terbaru, aktor Ungku Ismail Aziz telah memuat naik perkembangan terkini Nad di Insta Story dengan menyatakan kesihatan pelakon terbabit lebih baik berbanding semalam.
Dia masih lagi intubated
Dalam pada itu, pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin turut menjelaskan keadaan Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal di Instagram.
Menurutnya, keadaan pelakon itu semakin baik namun doktor enggan tergesa-gesa ‘menyedarkannya’ sehingga keadaan paru-paru betul-betul kuat.
View this post on Instagram
Ujarnya lagi, pelakon drama Takdir Yang tertulis itu masih belum boleh menerima pelawat kerana dalam pemantauan doktor kerana bimbang berlaku jangkitan dari kuman lain pula.
Dia juga menyampaikan salam daripada keluarga Nad Zainal untuk terus mendoakan kesembuhan dan kekuatan selebriti itu agar kembali sihat seperti sedia kala.
Akan update lagi perkembangan lain
Di akhir perkongsian tersebut, Shahrulezad memaklumkan yang dia akan berkongsi lagi sebarang perkembangan terkini berkenaan Nad Zainal apabila ada update terbaru daripada pihak doktor.
“Kalau ada apa perkembangan nanti abam akan update okie. Jgn lupa selitkan doa untuk Nanad tau! Korang pun jaga diri jugak ek. Muah muah!” tulisnya.
View this post on Instagram
Untuk rekod, pelakon, Nad Zainal telah ditempatkan di ICU selepas didapati mengalami jangkitan kuman di paru-parunya. Organ tersebut dimaklumkan telah mengalami pendarahan dan dia dilaporkan kritikal beberapa hari lepas.
Justeru itu, rakan media, artis dan ahli keluarga telah memaklumkan ke sosial media masing-masing supaya mendoakan pelakon terbabit agar kuat melawan penyakit dan segera sembuh dari kesakitan yang dihidapi kini.
Sumber: Instagram Ungku Ismail, budakijat
Leave a Reply