Muka baru HARIMAU MALAYA


Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Dalam kesibukan skuad bawah 23 kendalian jurulatih Datuk Ong Kim Swee, skuad Harimau Malaya juga sedang giat memperkuatkan barisan permainan dalam menghadapi Piala Airmarine pada bulan ini. Skuad dibawah kendalian jurulatih senior Malaysia Tan Cheng Hoe ini hadir dengan harapan memperbaiki kedudukan ranking FIFA.

Ini selepas Piala Airmarine yang dikatakan sebagai Piala ganti Piala Merdeka diterima masuk dalam kalendar fifa. Maka kejohanan ini merupakan sebahagian daripada persahabatan antarabangsa kelas “A”. Jadi sudah semestinya peminat ingin tahu siapakah yang bakal dibawa oleh jurulatih ini bagi mendapatkan mata berharga untuk ranking negara.

Muka baru perkuat HARIMAU MALAYA

Mengikut senarai nama pemain yang dikeluarkan oleh Persatuan bolasepak Malaysia dalam laman rasmi mereka, terdapat 12 orang pemain baru dipanggil oleh Tan Cheng Hoe bagi menghadapi perlawanan yang dijangka bermula pada 20 hingga 26 mac 2019.

Pemain-pemain ini adalah pemain yang tidak dipanggil oleh Tan Cheng Hoe pada saingan Piala AFF Suzuki 2018 baru-baru ini yang menyaksikan Malaysia menjadi naib juara dalam kejohanan tersebut. Berikut adalah antara 12 muka baru dalam skuad Tan Cheng Hoe :

Abdul Latiff Suhaimi, Faiz Nasir, Abdul Halim Saari – Selangor. Matthew Davies, Nor Azam Abdul Azih- Pahang. Ifwat Akmal Chek Kassim, Rizal Ghazzali- Kedah, Hadin Azman- Felda United. S Kumaahran (JDT II), Nicholas Swirad (PKNS FC), Hafiz Ramdan – PKNP FC. FIrdaus Saiyadi- Perak.

Pemain Piala AFF SUZUKI 2018 Dikekalkan

Seterusnya 13 orang lagi yang bermain untuk Piala AFF SUZUKI 2018 baru-baru ini dikekalkan dalam skuad ini bagi melengkapkan senarai penuh 25 pemain yang akan bersama Tan Cheng Hoe dalam Piala Airmarine “Persahabatan antarabangsa”.

senarai pemain harimau malaya 2019

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*