Matt Davies mahu beraksi di Jepun atau Korea

Pemain bek kanan pasukan Kebangsaan, Matthew Davies ingin mendapatkan peluang untuk beraksi di saingan liga lain selepas habis kontraknya bersama pasukan Pahang pada akhir musim 2020 tahun hadapan.

Beliau mengatakan 3 tempat yang ingin beliau sertai adalah liga jiran Thailand, selain itu dua liga terbaik Asia Jepun dan Korea. Ini selepas 3 Negara ini mempunyai slot pemain import dalam kalangan pemain dari asia tenggara.

Kata Davies, dia mahu kekal di Asia kerana ia adalah tempat yang baik untuk eneruskan kerjayanya sebagai pemain professional. Selain itu katanya dia juga tiada sebarang komitmen atau memikirkan anak-anak oleh itu dia mahu mendapatkan peluang untuk jadi pemain terbaik di rantau Asia.

Selain itu, mengulas mengenai perjalanan skuad Malaysia dalam kelayakkan piala dunia dan asia pemain ini berkata mereka optimis untuk layak kepusingan seterusnya dan menjadi layak secara automatik untuk ke Piala Asia.

Malaysia kini merupakan pasukan ditangga ke-2 Kumpulan G selepas berjaya mengumpul 9 ata hasil dairapda kemenangan ke atas pasukan Indonesia ( home and away ) dan pasukan Thailand.

Pemain ini juga mengatakan bahawa cita-citanya mahu ke Piala dunia namun sudah cukup sekiranya pasukan ini layak ke Piala Asia terlebih dahulu.

Anak buah Tan Cheng Hoe akan meneruskan aksi dalam kelayakkan Piala dunia dan Asia ini pada bulan march nanti yang mana mereka akan terbang ke UAE.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*