Menjelang aksi keenam dalam kelayakkan Piala Dunia dan Piala Asia yang dijangka berlangsung pada bulan march nanti Malaysia kini sedang giat mempersiapkan pasukan dengan akan mengadakan beberapa aksi persahabatan.
Selain itu, baru-baru ini Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan bahawa pasukan Plestin ada menawarkan untuk melakukan aksi persahabatan namun kata mereka ini masih lagi menjadi perbincangan kerana mereka mahu mengadakan aksi tersebut di tempat mereka.
Malaysia Malaysia turut menghantar surat kepada beberapa negara dalam usaha mengadakan aksi persahabatan. Kata FAM mereka sedang menunggu jawapan daripada 5 negara Asia barat dalam merealisasikan aksi persahabatan sebelum bertemu pasukan UAE dan pasukan Vietnam nanti.
Dalam pada itu, Irfan Bakti Abu Salim memuuji apa yang sedang dilakukan oleh pasukan FAM yang ingin memilih negara yang lebih baik untuk aksi persahabatan ini kerana ia mampu menjadi penanda aras yang sebenar kepada prestasi pemain di peringkat antarabangsa.
Kata Irfan dia juga sangat berharap agar pasukan yang akan bertemu Malaysia itu berada di ranking yang lebih baik berbanding Malaysia bukan seperti negara Nepal, Bhutan atau Mongolia.
Malaysia sebelum ini membuat aksi persahabatan dengan negara Tajikistan yang berada pada ranking yang lebih baik dan berjaya menundukkan pasukan tersebut.
Irfan turut mengatakan jika dulu kita selalu dapat aksi terbaik seperti bertemu Jepun dan Korea selatan namun kini agar jarang dan mungkin selepas ini Malaysia patut bertemu pasukan tersebut lagi kerana kita sudah menjadi antara yang terbaik.
Leave a Reply