Apa yang harus diucapkan hanyalah ucapan tahniah kepada semua pemain hoki negara yang turun dalam misi besar bertemu jepun. Mereka yang sebelum ini ditewaskan oleh pasukan Jepun dalam kejohanan Piala Asia pada tahun lalu bertekad ingin mengalahkan pasukan itu dalam Piala Sultan Azlan Shah.
Piala sultan Azlan Shah pada hari ini masuk hari kedua perlawanan yang mana sebelum itu kita menyaksikan Kanada menewaskan poland 4-0 manakala Korea Selatan dan India seri 1-1.
Manakala Malaysia merupakan pasukan terakhir beraksi pada hari ini. Perlawanan ini adalah perlawanan penting sebelum Malaysia bertemu dengan pasukan Korea Selatan dan India.
Keputusan Penuh Malaysia vs Jepun Hoki Azlan Shah
Keputusan penuh bagi perlawanan ini adalah Malaysia menang 4-3 keatas Jepun. Malaysia bermain penuh r4ncak pada hari ini. Skuad Malaysia yang digelar dengan gelaran The Speedy Tigers bermain dengan penuh semangat dari awal minit pertama.
Oleh itu, 2 gol berjaya dihasilkan pada separuh masa pertama. Namun seperti kita tahu Jepun bukanlah pasukan yang mudah mengalah dimana mereka terus memberi aksi cemerlang untuk membuat pasukan Malaysia membuat kesilapan.
Jepun beberapa kali cuba untuk menyamakan kedudukan dengan pasukan negara iaitu pada masa pertama mereka berjaya merapatkan jurang dengan 3-1 sehingga masa rehat perlawanan.
Masuk sahaja masa kedua pasukan negara berjaya diatasi oleh jepun. Jepun merapatkan jurang 2-3 dengan pasukan negara sebelum pasukan negara diberi “penalty shout”. Bekas kapten pasukan Hoki Malaysia Razie tidak mempersia-siakan peluang dan berjaya menghasilkan gol ke-4
Malaysia menang 4-3 keatas pasukan Jepun. Aksi penuh debar sehingga tamat masa perlawanan diberikan oleh kedua-dua pasukan. Jaringan gol Malaysia dihasilkan oleh Jaringan Faizal Saari 2 gol dan 1 gol masing-masing dari Nik Aiman dan Razie Rahim memberi 6 mata maksimum untuk skuad negara,
Kedudukan Terkini Piala Sultan Azlan Shah
Kedudukan SemasaMalaysia.. ……..6 | +5
Korea Selatan.. 4 | +3
India……………4 | +2
Kanada…………3 | +1
Jepun…………..0 | -3
Poland………….0 | -8
Leave a Reply