
Kami yakin ramai diantara anda sudah mendengar dengan berita yang mengatakan 2 pemain Import baru berada didalam pasukan Johor Darul Ta’zim iaitu bekas pemain tengah Kedah fa dan Melaka United Liridon Krasniqi dan pemain hadapan Kuala Lumpur De Paula.
Kedua-dua pemain ini dikatakan bakal beraksi dengan pasukan Johor Darul Ta’zim pada musim hadapan namun berikut adalah penjelasan yang dibuat oleh Tunku Mahkota Johor dalam satu sesi live baru-baru ini.
Mengenai pemain Liridon Kraniqi, Tunku Ismail berkata kehadiran pemain itu adalah untuk meemuulihkan tahap kecergasannya dan seterusnya memberi manfaat dan peluang kepada skuad kebangsaan.
“DIa (Liridon) datang ke Johor Darul Ta’zim untuk kita bbbanntu dia muullihkan kecergasan dan kita hanya akan membuat pengumuman jika menandatangani pemain yang memiliki nama besar itu. Dia menyertai latihan kerana kemungkinan dijadikan pemain berstatus naturalisasi.”
Kita juga mahu lihat apabila pemain ini ceergas dia dapat menyarung jersi Harimau Malaya dan akan menyertai Johor Darul Ta’zim selepas semua prosedur operasi standard SOP dijalankan baru kita umum secara rasmi statusnya. Buat masa ini kata TMJ tiada apa-apa yang perlu diumumkan.
Sebelum ini Liridon dan De Paula dikatakan bakal menyarung jersi negara jika Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka menukar kerakyatan Malaysia.
Leave a Reply