SELEPAS lima tahun mendirikan rumah tangga, personaliti media sosial Cut Intan Nabila mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh suami iaitu Armor Toreador.
Dedah Intan, suaminya itu melakukan penderaan fizikal dan beberapa kali berlaku curang sepanjang perkahwinan mereka.
“Selama ini saya bertahan kerana anak, ini bukan kali pertama saya berdepan keganasan rumah tangga. Ada puluhan video lain yang saya simpan sebagai bukti.
“Lima tahun berkahwin banyak nama wanita mewarnai rumah tangga saya bahkan beberapa rakan saya.
“Saya sudah berkali-kali memaafkan tapi tak pernah terbuka hatinya, ternyata benar kecurangan dan kekerasan rumah tangga tidak akan pernah berubah,” katanya.
Intan berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya padaSelesai.
Bersama kapsyen berkenaan, Intan juga memuat naik video memaparkan dirinya dibelasah suami semasa dia sedang berehat di bilik tidur.
Lebih menambah geram apabila suaminya itu turut menendang anak ketiga mereka yang baru berusia sebulan.
Sementara itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui sudah tidak mampu bertahan dan menggunakan media sosial sebagai platform untuk membela diri.
“Maafkan saya jika selama ini mendiamkan diri, membuat beberapa konten menyinggung. Saya seorang yang tidak pernah membuka aib rumah tangga saya.
“Saya menjaga martabatnya tapi hari ini saya sudah tidak boleh menahan semua sendiri,” ujarnya.
Untuk rekod, Intan dan Armor mendirikan rumah tangga pada 2020 dan memiliki tiga orang cahaya mata bersama.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK
Leave a Reply