Wanita mengadu letih seminggu jadi bini orang , akui terbiasa semua mak uruskan
Tak dinafikan, alam rumah tangga memang banyak dugaan dan ragamnya. Lebih-lebih lagi buat mereka yang berkahwin usia muda, hidup terus berubah 360 darjah dibandingkan zaman bujang dahulu.Dia ada mengadu dalam postingnya iaitu letih jadi bini kerana sebelum ni mak yang uruskan semuanya. Selain perlu belajar banyak perkara baru, ada yang terkena ‘kejutan budaya’ juga selepas tinggal sebumbung dengan pasangan.
BACA : ‘Saya Tak Reda & Tak Terima’ – Ibu Syamsul Bantah Perkahwinan Kedua
Bermula hanya perkenalan di Instagram…pasangan muda nekad bawa hubungan ke jenjang pelamin
Begitulah juga kisah pasangan muda dari Indonesia yang tular baru-baru ini. Bermula daripada berbalas mesej di Instagram, pemuda bernama Baihaki ini kemudiannya nekad untuk menikahi gadis pilihannya iaitu Chami hanya selepas 5 bulan perkenalan.
Baru seminggu jadi isteri, dah mengeluh penat…biasa bangun jam 11, semua mama uruskan
Namun hanya selepas seminggu berkahwin, Chami mengadu dirinya sangat letih sejak bergelar isteri orang. Mana tidaknya, sebelum ini serba serbi kehidupannya diuruskan oleh ibu sendiri. Di hujung video, Baihaki malah disuruh untuk sediakan makanan sendiri kerana dia mahu sambung berehat dan tidur.
letih jadi bini orang
Tanpa disangka-sangka, klip video tersebut telah menjadi tular di TikTok dengan meriah lebih 43 juta tontonan setakat ini. Di ruangan komen pula, rata-rata netizen wanita akui turut mengalami fasa tersebut sewaktu awal-awal bergelar isteri. Selain penat mengurus rumah, mereka juga akui terpaksa pujuk diri sendiri apabila tak diendahkan suami masing-masing.
Komen Netizen:
Kredit : TikTok baihakidisini
Artikel Viral Hari Ini 🔥
🔥Akka Nasi Lemak Penat, Badan Susut, Nangis Hidup Tak Tenang Lepas Bisnes Viral
🔥Isu Kurung Diri, Netizen Dakwa Rania Disisihkan, Kak KM Jawab Tidak Pilih Kasih
🔥Dan banyak lagi cerita VIRAL di Telegram Kisah Dunia….
Sharing is caring!
Leave a Reply