Komen TMJ Terhadap Isu JENALTI


Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Nampaknya isu artikel yang ditulis oleh Berita Harian dengan tajuk “Jenalti” jadikan JDT pasukan Istimewa telah menarik perhatian peminat bolasepak tanah air seterusnya pemilik Kelab Bolasepak Johor Ta’zim sendiri.

TMJ telah membuat satu kenyataan ringkas yang ditulis baginda didalam laman sosial Johor Southern Tigers.

Komen TMJ Terhadap Isu JENALTI

Katanya Hentikan Agenda Terhadap JDT, Kerana Ia Terlalu Jelas ! Berikut adalah kenyataan yang dibuat oleh TMJ terhadap isu tersebut.

Wartawan seharusnya menulis berdasarkan fakta, bukan emosi. Mereka perlu berlaku adil dan memberi ulasan sama rata antara pasukan, bukannya menulis seperti penyokong kepada pasukan lawan. Malangnya, ini bukanlah sedemikian bagi sesetengah orang di Malaysia.

Hari ini saya terbaca sebuah artikel dari Berita Harian yang dengan rasa tidak bertanggungjawab menggambarkan bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat bantuan pengadil berkenaan sepakan penalti. Saya tidak faham bagaimana artikel seperti ini boleh ditulis dan diterbitkan. Saya tidak dapat mengelak dari berfikir bahawa terdapat sesuatu agenda di sebalik penulisan cerita sedemikian, yang pada asasnya mencipta sesuatu walaupun tiada apa-apa.

Komen TMJ Terhadap Isu JENALTI

Adakah penulis tidak memahami bola sepak sehingga tidak dapat membezakan antara keputusan yang betul dan salah oleh pegawai perlawanan?

Saya akui bahawa salah satu daripada sepakan penalti sewaktu menentang Terengganu mungkin dilabelkan ‘soft’, tetapi mereka yang memahami peraturan bola sepak akan bersetuju bahawa untuk sepakan penalti yang lain, sememangnya ia perlu diberikan kepada JDT. Bagaimana boleh dikatakan JDT telah ‘dihadiahkan’ penalti apabila pasukan lawan telah melakukan kekasaran? Perkataan ‘bantuan’ juga digunakan sewenang-wenangnya dalam artikel itu. Cukup jelas bahawa artikel tersebut ditulis dengan agenda untuk menghasut pembaca membenci JDT.

Tolonglah buat laporan yang adil bukannya secara cuai dan berat sebelah.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor – Source: JST

Peminat pertikaikan kemenangan JDT

Dalam masa yang sama rancak di media sosial apabila ramai diantara peminat kelab dan negeri lain telah mempertikaikan kemenangan yang diraih JDT ketika ini apabila sepakan Penalti banyak membantu mereka.

Setakat ini JDT dikatakan menduduki tangga pertama carta mendapat sepakkan penalti paling banyak dalam 4 perlawanan. Namun dari pandangan aku kebanyakkan daripada keputusan pengadil adalah tepat bukan buyers seperti yang diperkatakan oleh sebahagian peminat !

Artikal Popular :

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*