Abang, kenapa abang pergi dulu.. kenapa tinggalkan sayang sendiri dengan anak-anak di sini. Tak mudah sayang nak lalui sendiri macam ni,”
Itu luahan seorang wanita, Dianza Nazihah apabila suaminya yang juga penuntut di United Kingdom meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Northern General Hospital di Sheffield, United Kingdom (UK), kelmarin.
Memetik laporan Harian Metro, Muhammad Hafidz Abdullah penuntut tahun kedua doktor falsafah (PhD) di University of Sheffied rebah ketika bermain bola sepak Ahad lalu sebelum menerima rawatan di hospital tersebut.
Menerusi sebuah posting di laman Facebook, ibu kepada dua cahaya mata yang masih kecil itu meluahkan rasa pilu atas kehilangan suami tercinta selain memohon doa agar dipermudahkan urusan membawa pulang jenazah ke tanah air.
Anak2 & sayang perlukan abang lagi…
“Abang, terima kasih di atas setiap kesabaran abang melayan sayang selama ini. Abang memang suami yang terhebat dan papa yang terbaik untuk anak-anak.
“Abang, sayang kena redha. Doakan sayang kuat demi anak anak ya. Lepas ni, kehidupan sayang dan anak anak takkan sama tanpa abang.
“Abang, kita balik Malaysia nanti ya. Mohon keluarga & kenalan doakan semua urusan di sini, urusan penerbangan dipermudahkan nanti dan mohon sedekahkan al-Fatihah buat suami saya,” katanya.
Laporan sama memberitahu, pasukan perubatan menasihatinya berhubung keadaan Allahyarham sebelum membuat keputusan untuk menghentikan alat bantuan pernafasan.
Jenazah akan dibawa pulang ke Malaysia untuk dikebumikan di Pontian, Johor selepas selesai semua proses pengurusan dan dokumentasi di negara berkenaan.
Sumber: Facebook Dianza Nazihah , Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi)
Leave a Reply