Kenal tak sampai seminggu, pihak lelaki dah hantar rombongan merisik

Jodoh seseorang sememangnya tidak diketahui oleh sesiapapun melainkan Allah S.W.T. Sebagai hambaNya, berdoa adalah jalan terbaik dalam memperoleh pasangan yang serasi dan diredhai.

Hal ini samalah seperti yang terjadi kepada seorang pengguna TikTok apabila berkongsi kisah perkenalan dengan suaminya yang sangat singkat sebelum dilamar.
Kenal cuma seminggu

Menurut video yang dimuat naik oleh Alia Nabella, dia memberitahu cuma berkenalan tidak sampai seminggu dengan suami sebelum keluarga lelaki itu datang merisik ke rumah dan bertemu ibu bapanya.

@alianabella.22♬ Anugerah – Muhammad 🦋

Sebulan selepas datang merisik terus bertunang

Setelah itu barulah mereka berkenalan dan mengikat tali pertunangan pada hujung tahun 2020 iaitu sebulan selepas majlis merisik. Tidak sampai beberapa bulan, mereka akhirnya disatukan dan kini Alia Nabella sudah bergelar isteri kepada jejaka itu.

@alianabella.22♬ original sound – 🕸KroNoLoC🕸

Perkenalan singkat membawa ke jinjang pelamin

Sebelum ini, dia pernah menceritakankisah cintanya yang tidak kesampaian walaupun sudah tiga tahun berkenalan. Namun, perhubungan tidak sampai seminggu akhirnya membuahkan hasil apabila dilamar dan kini sudah bergelar isteri.

Pastinya pengguna TikTok itu berasa bersyukur lebih-lebih lagi perkenalan singkat ini membawa kepada terbinanya masjid antara mereka.

@alianabella.2221/1/21 alhamdulillah pengenalan yg sngt singkat ❤️ hanya dalam mase 2 bulan allah permudahkan urusan ku. Dengan sekali lafaz sah menjadi isteri orang

♬ Selamat Pengantin Baru – Zaleha Hamid

Doa semua yang baik2

Perkongsian daripada Alia Nabella ini telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata daripada mereka mengucpkan tahniah diatas perkahwinannya dan mendoakan agar ikatan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.

Mereka juga berasa seronok mendengar kisah perkenalannya dengan suami yang hanya berjalan dalam tempoh waktu singkat sebelum mengambil keputusan untuk bernikah.

Syukur alhamdulillah

Yang penting yakin dengan pilihan

Ramai yang alami perkara sama

Sumber: Alianabella.22

 

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*