Kelab Switzland berminat dengan Safawi Rashid

Kelab Switzland berminat dengan Safawi Rashid

Nampaknya nama Safawi Rashid bukan lagi terkenal di dalam negara selepas pemain ini dikatakan menarik minat beberapa kelab luar negara sebelum ini. Terkini pemain ini dikatakan sekali lagi telah menarik minat sebuah kelab dari Switzerland iaitu FC Zurich.

Perkara ini dikhabarkan dalam satu perbualan selepas pemilik Johor Darul Ta’zim Tunku Ismain Sultan Ibrahim mengatakan dalam satu sesi No Hold Barred bahawa ada beberapa kelab daripada Switzerland dan juga Jepun berminat untuk meminjam pemain daripada Johor itu.

Dikatakan FC Zurich berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Safawi Rashid. Manakala untuk Akhyar Rashid berjaya menarik beberapa kelab daripada Jepun.

Namun menurut TMJ perkara itu tiada sebarang keputusan rasmi dibuat oleh kelab Johor Darul Ta’zim dan mereka akan berbincang dahulu dengan pemain adakah sudah bersedia untuk beraksi di luar atau sebaliknya.

Untuk pengetahuan anda semua, FC Zurich merupakan kelab yang berada di tangga keempat dalam saingan Swiss SUper League dimana mereka telah mengutip 30 mata setelah 18 aksi. Jika benar Safawi menyertai kelab itu maka ia menjadi satu peluang yang sangat baik untuk pemain sayap itu bagi menimba pengalaman.

Jika daripada pandangan kami jika benar perkara ini maka adalah lebih baik untuk Safawi menimba pengalama di luar pula. Dan ini sedikit sebanyak membuatkan Negara kita akan lebih dipandang pada masa depan.

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*