Kejadian kepala air, saksi kongsi cerita lucu! Wanita kata tak boleh pegang tangan sebab haram

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan sekumpulan lelaki menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam insiden kepala air di sebuah sungai di Kota Belud, Sabah, pada Ahad lalu.

Menurut laporan mStar Online, saksi utama Zieya Kinrose sempat merakam kejadian tersebut ketika kepala air itu ‘menyerang’ pengunjung dalam sekelip mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kejadian itu berlaku depan mata saya, waktu itu ramai tengah mandi sebab cuaca baik dan air pun tenang.

“Cuma ada hujan renyai-renyai sikit. Tetapi tiba-tiba arus tu terus berubah jadi kepala air. Kami tak jangka langsung.

“Kami bagi amaran dekat pengunjung di situ untuk naik tetapi ada seorang yang tak sempat,” katanya.

Zieya berkata, mangsa yang berusia sekitar 30-an terpaksa berpaut pada sebuah batu kerana tidak sempat pergi ke tebing disebabkan air sudah terlampau deras.

Namun begitu, mujur terdapat sekumpulan lelaki itu yang saling bekerjasama bagi menarik mangsa keluar dari kepala air berkenaan.

Kumpulan Triton

“Abang-abang Triton (kumpulan peminat kereta pacuan empat roda) itu satu group dengan saya, kami pergi trip sekali ke sini.

“Yang mula-mula lompat masuk tanpa berfikir dua kali ialah Abang Epol iaitu anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan diikuti kawan dia yang lain.

“Dia sudah biasa dengan air ini semua jadi dia tak takut. Dia duduk depan dan yang lain pegang tangan dia untuk support,” ujarnya.

Zieya menjelaskan, cara sepatutnya adalah dengan menggunakan tali tetapi oleh kerana nyawa ibarat di hujung tanduk, mereka terpaksa berbuat secepat mungkin sebelum berlaku kisah agak melucukan.

Abang Epol

“Ketika Abang Epol hulurkan tangan kepada akak tu untuk tarik dia keluar, dia cakap tak boleh sebab haram (bukan mahram).

“Abang Epol paksa dia suruh sambut tangan juga sebab arus tengah deras, lagi lama lagi bahaya. Ini sedang darurat bah.

“Bila dah sampai ke tepi, nampak dia macam bersyukur dan pada masa yang sama macam marah sebab diselamatkan,” kongsinya.

Sumber: mStar Online (Asyraf Malik) , Facebook Zieya Kinrose

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*