
Hebatnya Wanita Bergelar Isteri
KEHEBATAN WANITA
“Puan tau tak puan ada kelebihan. Kelebihan puan akan menyebabkan lelaki runtuh egonya, reda marahnya, lembut jiwanya dan penyayang orangnya”. jelas saya.
“Eh, ye ye En Fadzli. Kelebihan apa? Dia macam dah tak pandang saya dah”
“Sebenarnya satu-satunya senjata yang boleh meruntuhkan ego lelaki adalah kelembutan wanita.
Puan takkan pernah menang dengan ego melawan ego. Bahkan ego lelaki pantang dicabar. Macam spring”.
“Macam spring? Maksud en Fadzli?”
“Cuba puan lihat sifat spring. Semakin ditekan, semakin sukar, semakin padat, semakian kuat tekanan yang diperlukan untuk menekan.
Pada masa yang sama, tekanan menolak semakin tinggi.
Sama macam ego lelaki, semakin puan calar, semakin puan, semakin puan cabar, semakin kuat melawannya.
Akhirnya memberontak dengan pelbagai cara. Tak nak bercakap, tak nak bincang, buat kerja sendiri, buat tak tau dan macam-macam lagi.
Akhirnya jadi makin teruk. Bergaduh dengan pasangan ni, walau menang, tetap kita menderita”.
“Habis tu macam mana saya nak buat?
“Puan gunakan senjata kelembutan. Macam mana nak guna?
Haaa… puan penuhi keperluan emosi suami dengan layanan. Upgrade layanan puan pada dia. Kalau dulu tak pernah buatkan air untuk dia, buatkan.
Apa yang dia suka, lakukan. Tapi mindset kena betul”.
“Apa mindsetnya? “
“Mindsetnya jangan harap suami berubah serta merta. Perubahan ambik masa. Sedar atau tidak, layanan baik kita akan lekat dalam hati pasangan.
Walaupun suami masih dingin, teruskan berbuat baik kerana buat baik inilah yang akan dirindui suami kalau pun dia poligami. Layanan baik inilah yang akan dia tercari-cari.
Cakap mudah, tapi nak buat bukan mudah kalau hati tak berlapang dada dengan ujian Allah. Jangan fikir tapi buat je, insyaAllah akan ada kesannya.
Sumber : Fadzli Aziz
Leave a Reply