Kaki pancing selamatkan kucing hanyut dibawa arus laju, “Dah besar boroi pulak dia…”

Sesetengah orang membeli kucing mereka dari kedai haiwan, namun kita semua tahu bahawa mengambil kucing terbiar adalah lebih bagus bukan sahaja kerana dapat mengawal populasi kucing-kucing di jalanan malah individu yang menyelamatkan kucing terbiar dan memutuskan untuk menjaga haiwan itu pasti mempunyai kisah-kisah menarik di sebalik pertemuan mereka dengan anak bulus.

Seperti sebuah perkongsian yang meraih tumpuan ramai di Twitter, seorang kaki pancing baru-baru ini berkongsikan kisahnya menemui seekor kucing ketika memancing di laut.

Dalam posting yang dikongsikan di group Facebook Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?, kaki pancing berkenaan berkata dia terjumpa anak kucing itu hanyut dibawa arus deras pada 2019 ketika memancing, dan mujur dia ternampak haiwan malang tersebut kerana jika tidak si kucing itu mungkin akan berakhir di laut Kuantan.

Dalam gambar yang dikongsikan, lelaki itu menunjukkan dia menyauk kucing berkenaan dengan jaringnya dan dua tahun kemudian, kucing tersebut telah besar dan sihat dengan perut yang ‘labuh’.

Malah netizen juga terhibur kucing tersebut dinamakan Sauk memandangkan itulah alat yang digunakan untuk menyelamatkannya.

“knp berenang smpai tetengah laut ni …”

“Dah besar boroi pulak dia…”

“Kena sauk dari hanyut…” 

Sumber : himpunanceritalawak

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*